Program yang akan dinamakan sebagai 'PGU Pemuda UPU' adalah merupakan program mencari dan mengenalpasti sasaran pengundi muda secara lebih dekat.
"Selain menyumbangkan tenaga melaksanakan PGU (peringkat negeri) kita juga akan buat PGU diperingkat UPU (daerah mengundi), ia gerakkerja lebih fokus, kita akan buat program mendekatkan pemuda (dengan PAS),"ujar Setiausaha DPPNT Wan Faizul Abbas ketika ditemui.
Selain itu, menurutnya, dalam PGU Pemuda UPU itu juga, gerakan mendaftarkan pengundi baru akan dibuat, memandangkan tarikh pilihanraya yang belum dapat ditentukan
Katanya, pelbagai program 'orang muda geng kita' akan dianjurkan sempena PGU 100K yang diadakan di Kuala Terengganu pada 20 dan 21 Mei depan.
Antaranya, kata beliau, adalah program bersama artis-artis yang telah bersama dengan PAS seperti Bob Lokman, Pak Long dan Akhil Hayy.
Mengulas tentang kepimpinan pemuda negeri dan Pusat, Wan Faizul (gambar) menyokong pendirian Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah mencadangkan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan Muktamar Pemuda Pusat Jun ini.
Ustaz Mohd Nor Hamzah dalam kenyataanny berkata, keputusan tersebut diambil kira berdasarkan cadangan dan pandangan di peringkat Pemuda Kawasan di seluruh negeri ini.
Menurutnya, cadangan tersebut cuba mengekalkan Nasrudin sebagai Ketua Pemuda, sekali gus membuka peluang kepadanya untuk meneruskan kepimpinan sedia ada pada penggal berikutnya.
“Beliau lebih sesuai meneruskan kepimpinan pemuda dan meneruskan gerak kerja terutama dalam merealisasikan agenda Pas Ganti UMNO,” katanya
Kata Mohd Nor, rasionalnya pemuda sedang bergerak untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Kita mengekalkan yang sedia ada kerana kalau berlaku perubahan, kita lihat agak sukar untuk menghadapi pilihan raya,” katanya.
Bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat yang kini disandang Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, beliau berkata, pihaknya menyerahkan keputusan tersebut kepada perwakilan, begitu juga dengan jawatankuasa lain.
Mohd Nor bagaimanapun berharap mana-mana pihak yang dipilih untuk mengisi jawatan lain di peringkat jawatankuasa Pemuda Pas Pusat supaya bekerjasama dalam memastikan keutuhan gerakan Pemuda.
“Kita berharap gabungan kepimpinan yang dilantik pada masa akan datang dapat meneruskan agenda penting untuk mendekatkan anak muda dengan semangat perjuangan Pas melalui ‘Orang Muda Geng Kita’,” katanya. -BO