Tidak kurang 200 rakyat hari ini membantah pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan yang dimiliki syarikat Lynas yang berpangkalan di Australia.
 Mereka yang terdiri daripada Pemuda PAS, PKR, NGO dan aktivis sosial itu mengadakan perhimpunan di hadapan Kedutaan Australia.
Mereka yang terdiri daripada Pemuda PAS, PKR, NGO dan aktivis sosial itu mengadakan perhimpunan di hadapan Kedutaan Australia.
  Sambil mengiringi enam wakil mereka untuk menghantar memorandum  bantahan berhubung pembinaan pusat itu yang dikatakan akan mengeluarkan  bahan radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan  penduduk sekitar  Gebeng di negeri itu, mereka juga membawa pelbagai sepanduk, poster dan  kain rentang yang menuntut kerajaan supaya segera menghentik projek  berkenaan.
Penunjuk perasaan mula berkumpul di Masjid  As Syakirin KLCC sebelum berarak menuju ke Pejabat Suruhanjaya  Australia yang terletak kira-kira 700 meter dari selepas solat Jumaat. Mereka  kemudiannya disertai oleh ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, empat  wakil NGO Save Malaysia dan aktivis sosial sebelum memasuki perkatangan  pejabat suruhanjaya tersebut.
Mereka  kemudiannya disertai oleh ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, empat  wakil NGO Save Malaysia dan aktivis sosial sebelum memasuki perkatangan  pejabat suruhanjaya tersebut.
Sewaktu tiba di pada jam 2.15 petang mereka turut melaungkan "Hancur Lynas, Hidup Rakyat" berulang kali.
Bantahan  tersebut juga disertai pemimpin PAS Pahang Suhaimi Saad yang merupakan  naib yang dipertua kawasan Indera Mahkota dan bekas ketua Pemuda Pahang.
Turut hadir ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, Naib Ketua Pemuda PKR Azmizam Zamanhuri.
Pembinaan  kilang bernilai RM700 juta oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak  syarikat  Lynas Corporation dari Australia, di kawasan perindustrian  Gebeng itu  menimbulkan kontroversi kerana didakwa bakal menghasilkan  radiasi yang  boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.  
  Beberapa   siri penerangan yang dianjurkan kerajaan negeri Pahang di  sekitar  Kuantan baru-baru ini dilihat tidak memberi kesan positif.
Beberapa   siri penerangan yang dianjurkan kerajaan negeri Pahang di  sekitar  Kuantan baru-baru ini dilihat tidak memberi kesan positif.
Kerajaan   pada 22 April lalu telah juga mengumumkan penubuhan satu panel bebas  bagi  menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan kilang  itu.     
Sebelum ini, ramai aktivis yang ditangkap oleh pihak berkuasa berikutan mengadakan demonstrasi di seluruh negara. - M'kini



 


 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
