Ikuti Blog ini

Nasruddin kekal ketua pemuda PAS tanpa saingan

pas umno pemuda talks parliment 010709 nasrudin hassanKetua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan dijangka mengekalkan jawatannya selepas tiga lagi calon lain membayangkan tidak akan mencabar beliau.

Pagi tadi, ketua penerangan pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dalam satu kenyataan akhbar juga mengumumkan tidak akan bertanding jawatan berkenaan.

NONE"Setelah mempertimbang pelbagai jawatan yang ditawarkan oleh ahli-ahli PAS seluruh negara maka saya membuat keputusan untuk menawarkan diri bertanding secara harmoni dan penuh ukhuwah jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat dan AJK PAS Pusat," kata Suhaizan (kanan).

Sementara itu Harakahdaily melaporkan dua lagi calon iaitu timbalan ketua pemuda PAS sekarang, Azman Shapawi Abd Rani dan pengarah pilihan raya pemuda PAS, Mohd Firdaus Jaafar, juga telah menyatakan hasrat tidak akan bertanding jawatan berkenaan.

Azman semalam berkata, beliau tidak akan bertanding jawatan ketua pemuda sekiranya Nasruddin berhasrat mempertahankan jawatan yang disandangnya itu.

Firdaus pula semalam memaklumkan hanya akan bertanding merebut kerusi nombor dua dewan itu sekaligus menolak untuk bertanding ketua pemuda.

Dengan perkembangan itu, bermakna Nasruddin (kiri) mempunyai laluan selesa untuk mengekalkan jawatannya.

Bagaimanapun keputusan rasmi calon yang akan bertanding hanya akan diumumkan selepas 26 Mei ini.

Semalam, Dewan Pemuda PAS mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan isu berkaitan pemilihan yang akan diadakan awal bulan depan.

Mengulas pertemuan malam semalam, Nasruddin dipetik Harkahdaily sebagai berkata, pertemuan itu tidak menjurus kepada perbincangan untuk berkompromi terhadap mana-mana jawatan yang dipertandingkan.

"Malam tadi kita membuat keputusan terbuka.

"Kita serah kepada semua perwakilan untuk menentukan siapa yang mereka mahu pilih.

"Dalam masa yang sama, semua calon juga bebas sama ada mahu bertanding atau menarik diri,"katanya.

pas muktamar 54 pemuda youth pas 140808 05Keputusan itu ujarnya lebih baik sebagai menghormati kepercayaan ahli akar umbi yang telah membuat pencalonan.

Dalam pada itu, mesyuarat khas malam tadi turut memaklumkan bahawa perasmian muktamar dewan itu akan diadakan pada 1 Jun di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Manakala muktamar penuh akan diadakan pada keesokannya. -M'kini
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .