Ikuti Blog ini

Awas Kerajaan Selangor anda dalam BAHAYA ?

Kerana semboyan perang dari Grombolan songkok tinggi telan dilancarkan oleh Memanda Pedana Menteri dengan slogan yang menakutkan dan mengerunkan .Memanda Umno itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka.

Wow hebat !! ada class moskot Memanda menyeru warga Umno tak kira muda dan tua untuk menawan kembali negeri terkaya di Malaya ini semasa berucap pada majlis Malam Pemimpin Bersama Rakyat-Rakyat Didahulukan di sini semalam. Memanda Tok Jib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor,.

Dengan imej Umno/BN yang tercalar setelah tsunami kecil pada Pru 12 yng mengakibatkan 5 negeri di takluk pembangkang serta pembangkang berjaya menepis ego BN dengan menafikan majoroti 2/3 Bn di Parlimen.

“Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas.“Kita juga tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kesedihan, kehilangan keyakinan kita, sebaliknya kita mesti menyusun semula barisan, kuatkan iltizam dan semangat juang serta bangkit menebus kekalahan dengan semangat juang yang tidak tahu erti kalah,”

“Kalau British kita boleh kalahkan kerana kita berjuang berhabis-habiskan, takkan lah Umno Selangor tidak boleh bangkit dari peristiwa itu (kekalahan pada pilihan raya umum lepas).

“Segala kekurangan dan kezaliman kerajaan negeri hari ini di Selangor mesti diperbetulkan,” katanya.

Kepada MB selangor jangan berminpi lagi jika mahu mempertahankan kerusi empuk yang dimiliki, harus berkerja kuat untuk memenangi hati rakyat dan harus berhati hati kerana tak mustahil negeri Selangor Umno akan berjaya tawan kembali jika kita lena kerana tak mustahil Pembangkang Selangor yang pengalaman luas dalam tipu daya muslihat serta di sokong oleh jentera kerajaan yang hebat seperti media dan harta benda akan berjaya menawan kembali negeri ini.

Dengan ramalan kemungkinan pilihan raya mengejut pada tahun ini saya harap Pakatan Rakyat telah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan pembubaran Parlimen oleh Memanda Pedana Menteri. Peringatan ini juga bukan setakat untuk kerajaan negeri selangor pimpinan Pakatan Rakyat sahaja tetapi untuk semua kepada pertugas sekutu Pakatan Rakyat negeri lain ayuh gerakan kerja kita untuk menghadapi PRU yang akan tiba bila masa sahaja lagi.

Jangan kita bermimpi idah dengan tsunami PRU yg lalu sesungguhnya ayuh kita tingkatkan kerja untuk misi menawan Putra Jaya dengan tsunami yang lebih besar dari pru yang lepas insyaallah.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .