Ikuti Blog ini

Umno kaki tipu

TERkejut B.E.R.U.K…, sekali Awang mendengar suatu ungkapan yang menggambarkan seseorang atau sesebuah organisasi atau pertubuhan atau parti politik sebagai ‘penderhaka’ kepada Tuhan, Allah SWT.

BENARkah…Umno itu berbohong atau berpura-pura dihadapan Allah SWT. Mampukah kita untuk berdepan dengan kemurkaan Allah Ta’ala di akhirat kelak?

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri menyifatkan pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) ‘berbohong’ dan ‘berpura-pura’ dihadapan Allah SWT.

Ini kerana, katanya sambutan hari kelahiran Nabi Muhamad SAW diadakan besar-besaran tetapi dasar serta perjalanan parti tidak mengikut syariat-Nya.

Menurutnya, Allah Ta’ala tidak menyuruh disambut hari kelahiran itu tetapi memerintah agar mengikut perjalanan Nabi Muhamad SAW.

“Apa makna kita (umat Islam) sambut hari lahir Nabi Muhamad SAW jika kita tidak ikut Nabi Muhamad.

“Ini bohong, ini ‘pelawok’ dan berpura-pura dihadapan Allah Taala. Tuhan tidak suruh kita sambut maulud Nabi, Nabi Muhamad tidak suruh kita sambut hari maulud Nabi tetapi Tuhan suruh kita ikut perjalanan Nabi SAW,” jelasnya ketika berucap pada Ceramah Himpunan Warga Felda Negeri Terengganu di perkarangan Pasti Kertih I, Ketengah Jaya, Paka, Dungun, baru-baru ini.

Namun begitu, ceramah tersebut ‘diganggu’ dengan program sambutan maulidul rasul anjuran Umno di Dewan Sekolah Kertih I Ketengah Jaya yang telah menggunakan pembesar suara yang lebih besar dan kuat.

Kata Dato’ Seri Abdul Hadi kelahiran manusia di muka bumi mempunyai tanggungjawab dan kewajipan besar kepada Allah SWT.

Menurutnya, segala makan minum dan rezeki yang dikurniakan Tuhan adalah alat untuk kehidupan dan bukan matlamat.

“Kita manusia di atas muka bumi ada tanggu ngjawab dan kewajipan yang besar. Segala makan minum, segala kelapa sawit dan segala benda adalah rezeki yang menjadi alat untuk kita hidup dan bukan kita hidup untuk makan.

“Jika kita hidup untuk makan, tidak ada beza dengan lembu-kerbau, tidak ada beza kita dengan ayam-itik tunggu masa disembelih dan dijual daging.

“Tanggungjawab kita mengabdikan diri kepada Allah SWT dan menjadi khalifah di bumi Allah. Tanggungjawab kita adalah menunaikan amanah yang diperintahkan oleh Allah SWT,” ujarnya.

Ustaz Abdul Hadi menegaskan kewajipan pertama adalah menunaikan ibadah dengan tunduk serta patuh kepada segala arahan Allah Ta’ala sama ada halal dan haram.

Oleh kerana itu, katanya setiap orang Islam tidak ada pilihan dalam mengikuti segala peraturan dan perintah Allah Ta’ala.

“Kita (orang Islam) tidak ada pilihan dalam peraturan-peraturan Allah Taala. Bila Allah kata arak dan judi haram, kita kena terima itu haram.

“Jangan jika ada lesen judi halal dan tidak ada lesen baru haram. Kita (PAS) berbalah dan berlawan dengan Umno kerana inilah,” tegasnya dihadapan lebih 3000 hadirin.

Beliau menjelaskan Allah SWT telah menamakan manusia sebagai hamba-Nya dan bukan dengan nama lain.

Jika, katanya manusia itu dipanggil dengan nama rakyat, pegawai, buruh dan kuli ada ruang untuk tidak bersetuju dengan Tuhan.

“Allah SWT namakan kita hamba-Nya dan Allah Taala tidak menamakan kita rakyat, Allah tidak menamakan kita warganegara Dia, Allah tidak menamakan kita pegawai Dia, Allah tidak menamakan kita buruh dan kuli Dia.

“Jika Allah panggil kita rakyat, senang kita boleh tidak setuju dengan Allah. Jika namakan kita pegawai senang tidak setuju kita boleh tidak bekerja dengan Allah Ta’ala. Jika panggil kita buruh atau kuli Allah Ta’ala senang jika tidak setuju kita mogok dengan Allah Ta’ala.

“Tapi bila sebut hamba kita kena tunduk dan patuh dengan Allah. Kita kena ikut dan patuh dengan suruhan dan larangan Allah sama ada halal atau haram,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha Agung Parti KeADILan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman, bekas calon PAS di Tenang, Normala Sudirman dan Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat.

apaorangkata

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .