 KUALA LUMPUR, 19 Mei: Pucuk  pimpinan Dewan Pemuda PAS akan mengadakan mesyuarat khas malam ini   antaranya untuk membincangkan pertandingan untuk jawatan utama dewan itu  dalam muktamar akan datang.
KUALA LUMPUR, 19 Mei: Pucuk  pimpinan Dewan Pemuda PAS akan mengadakan mesyuarat khas malam ini   antaranya untuk membincangkan pertandingan untuk jawatan utama dewan itu  dalam muktamar akan datang.
Sehingga ini, tidak ada calon ketua pemuda yang mengesahkan pertandingan untuk jawatan yang disandang oleh Nasrudin Hassan itu.
Pengarah  Pilihan Raya Pemuda, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar berkata, beliau menolak  untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda PAS biarpun dicalonkan.
Ketika dihubungi Harakahdaily, beliau bagaimanapun memberitahu, akan bertanding merebut kerusi timbalan ketua.
"(Bertanding) ketua pemuda tak kot, timbalan sahaja,"katanya yang juga ahli parlimen Jerai.
Selain  beliau, dua lagi calon yang layak bertanding jawatan nombor satu sayap  pemuda PAS itu ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS sekarang ini, Azman  Shapawi Abd Rani dan Ketua Penerangan, Suhaizan Kaiat.
Azman  ketika dihubungi bagaimanapun memberitahu keputusan sama ada beliau akan  bertanding atau tidak jawatan tersebut, bergantung kepada keputusan  rasmi Ketua Pemuda PAS sekarang ini, Nasruddin Hassan.
"Saya ambil sikap begini, kalau Ustaz Nasruddin nak kekal, saya tak lawan, saya akan bagi laluan mudah.
"Kalau dia kata nak berundur untuk diberi calon lain, saya akan lawan.
"Apapun saya tunggu pendirian rasmi Ustaz Nasruddin dahulu,"katanya.
Seorang lagi calon, Suhaizan pula berkata, beliau masih belum membuat keputusan untuk bertanding atau tidak jawatan tersebut.
"Saya belum buat keputusan lagi. Lagi pun masa panjang lagi.
"Malam ni ada mesyuarat khas pemuda, dan saya akan bincang dahulu," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.
Sementara  itu, keputusan rasmi calon yang bertanding hanya akan diketahui selepas  26 Mei ini apabila kesemua calon menjawab surat tawaran dari  Jawatankuasa Pemilihan 2011.
Berikut ialah senarai penuh calon layak bertanding jawatan tertinggi Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2011-2013:
Ketua
1. Azman Shapawi Abd Rani, ustaz
2. Mohd Firdaus Jaafar, ustaz YB
3. Nasruddin Hassan, usaz
4. Suhaizan Kaiat
Timbalan Ketua
1.    Ahmad Sabki
2.    Azman Shafawi
3.    Firdaus Jaafar, YB
4.    Mohd Nor Hamzah, YB
5.    Nasaruddin Hassan
6.    Nik Abduh Nik Aziz
7.    Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob
8.    Riduan Mohd Nor
9.    Suhaizan Kaiat
Naib Ketua
1.    Azman Shafawi, Ustaz
2.    Firdaus Jaafar, YB
3.    Kamaruzaman Mohamad
4.    Khairi Faizi Kamil
5.    Mohd Nor Hamzah
6.    Mohd Sany Hamzan
7.    Nasir Zakaria, YB
8.    Nik Abduh Nik Aziz
9.    Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob
10.    Riduan Mohd Nor
11.    Sabki Yusof
12.    Suhaizan Kaiat


 


 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
