Ikuti Blog ini

Batal PKR: RoS didakwa rujuk fasal tak wujud



PKR mendakwa tindakan mahu membatalkan pendaftaran parti itu pada 9 Jun depan bermotifkan politik dan berniat jahat.

"Ini adalah tindakan terdesak Umno-BN yang kini menggunakan undang-undang menindas seperti Akta Pertubuhan 1966 untuk membatalkan pendaftaran PKR dengan asas yang dangkal dan jahat," kata Setiausaha PKR Saifudin Nasution.

NONEKatanya, dakwaan berlakunya pelanggaran peruntukan dalam perlembagaan parti dalam pemecatan seorang anggotanya Rajagopal Andaikallam -- seperti dipetik Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam surat bertarikh 9 Mei -- juga tidak benar.

Ini kerana, fasal yang dirujuk RoS (Fasal 32.2.1) -- yang didakwa menyebut seorang anggota mestilah disoalsiasat dan dibicarakan Lembaga Disiplin sebelum dipecat -- didakwa tidak wujud.

"Walaupun (mungkin) ia kesilapan ejaan, Fasal 32 tidak langsung berkaitan dengan isu disiplin dan Lembaga Disiplin," katanya sambil menuduh RoS mem buat dakwaan karut.

Saifudin juga berkata, nama individu yang disebut juga sebenarnya salah. Nama sebenarnya, seperti dalam rekod parti ialah Jayagopal (bukan Rajagopal).

NONEBagaimanapun, Saifuddin menjelaskan, individu itu dipecat pada 27 April 2009 setelah diputuskan Majlis Pimpinan Pusat pada tarikh yang sama.

"Dakwaan dan campurtangan Pendaftar Pertubuhan dalam masalah dalaman parti ini ternyata sangat tidak berasas dan tidak adil.

"Perkara tentang disiplin dan prosedur berkaitannya adalah sepenuhnya masalah dalaman parti," katanya.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .