BESUT - Pernarikan subsidi yang berkuatkuasa bulan ini menyebabkan harga minyak diesel meningkat dan membebankan para nelayan khususnya nelayan pesisir pantai.
Timbalan Yang DiPertua PAS Besut Shalahuddin Jaafar berkata kenaikkan tersebut menyebabkan nelayan terjkejas teruk dan kekal dalam golongan yang miskin dinegeri dan negara ini.
"berkuatkuasa bukan ini subsidi ditarik, minyak diesel naik daripada RM1.20 kepada RM1.80 seliter, ini sangat membebankan para nelayan khususnya nelayan pesisir pantai,
"nelayan akan terus menjadi golongan miskin kerana terjejas teruk dengan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak,"ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program bertemu bual dengan para nelayan di Kuala Besut dekat sini 16 Jun..
Menurutnya, kehidupan nelayan akan terus dihimpit dengan hambatan kenaikan harga barang-barang keperluan harian.
"Bila harga minyak naik, (harga) barang-barang lain, kenaikan harga beras, tepung, gas, gula, tarif elektrik sangat menghimpit kehidupan keluarga nelayan,
"hidup semakin tersepit (kepada golongan nelayan) nak beli minyak pun mahal, nak beli makanan harian pun mahal,"tegasnya
Oleh itu, beliau menyeru rakyat khususnya kaum nelayan membuat perubahan dalam PRU akan datang dengan memilih Pakatan Rakyat sebagai peneraju negara.
Ia adalah kerana katanya, penarikan subsidi adalah disebabkan kerajaan menghadapi masalah kewangan yang teruk ekoran daripada pemborosan dan penyelewengan dikalangan pemimpin Umno.
"rakyat khususnya nelayan mesti berubah dan membuat perubahan dalam PRU akan datang dengan memilih Pakatan,
"Umno/BN gagal menguruskan kewangan negara boros dan menyeleweng,"ujarnya lagi.
Menurutnya, PAS menawarkan Negara Berkebajikan sebagaimana ucapan Presiden Tuan Guru Dato’Seri Hj Abd Hadi Awang dalam muktamar baru-baru ini.
Antara cadangan PAS adalah penstruktutran semula cukai yang akan dapat meneruskan subsidi harga barang.
"Ia boleh dilakukan jika kerajaan yang baru menggunakan dana negara secara berhemah dan rasuah dapat dihapuskan,"tambah beliau. -BO