Ikuti Blog ini

Seramai 711 Orang Peneroka Felda Wilayah Jengka "Failkan Saman Terhadap FELDA" Untuk Tuntut Ganti Rugi RM344 Juta Isu Penipuan KPG

TEMERLOH 17 Jun - Seramai 711 peneroka dari kawasan Felda Wilayah Jengka, hari ini memfailkan saman terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), bagi menuntut ganti rugi sebanyak RM344 juta berikutan penipuan dan pecah amanah yang dilakukan agensi itu.

Kesemua peneroka terbabit diwakili peguam R Sivarasa memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Temerloh pagi tadi.
R Sivarasa berkata, saman itu dibuat berikutan penipuan Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG) yang diterima mereka sejak 15 tahun lalu. Menurut Sivarasa, peneroka terbabit menerima KPG yang rendah dari nilai sebenar iaitu antara 17 hingga 18 peratus. Beliau berkata, peneroka berkenaan sepatutnya memperoleh KPG yang lebih tinggi sehingga boleh mencapai ke tahap 32 peratus.

Setiap 1 peratus KPG dianggar bernilai RM40.
Sekiranya jumlah itu dikira sejak 10 tahun lalu, setiap peneroka terbabit mengalami kerugian tidak kurang RM100,000. Saman yang difailkan oleh kumpulan peneroka ini menamakan FELDA sebagai defendan pertama dan FELDA Palm Industries sebagai defendan kedua atas dakwaan pecah amanah dan menipu. Hadir sama ketika memfailkan saman tersebut adalah peguam Latefa Koya dan Fadiah Nadwa Fikri.


Peguam Sivarasa bergambar dengan pemimpin pakatan serta peneroka

[Pada 14 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan Felda membayar RM1.2 juta kepada peneroka Felda Kemahang 1 dan 2, selepas gagal membayar semula wang caruman yang disimpan peneroka di bawah tabung wang tanam semula yang diurus agensi itu. Pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Felda membayar 354 peneroka Kemahang 3, Kelantan sebanyak RM11 juta kerana menipu peneroka berhubung isu KPG. Sebelum ini, Felda Serting dan Gugusan Raja Alias di Negeri Sembilan juga memfailkan saman sebanyak RM200 juta ke atas lembaga tanah berkenaan dalam isu yang sama.Pada 12 Jun tahun lalu pula 654 peneroka Gugusan Felda Maokil, Labis memfailkan saman terhadap Felda bagi tuntut ganti rugi lebih RM80 juta]. -Pahangdaily
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .