Ikuti Blog ini

Mat Sabu: Najib, Kalau Hang Tak Tau, Elok Hang Diam !!


Najib dan UMNO serta semua komponen BN tidak boleh lagi mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya terhadap parti PAS sejak pasca Muktamar PAS ke-57 yang berakhir minggu lalu.

Jika dulu, Najib mempunyai seteru yang dikelilingi oleh pemimpin yang agak mesra UMNO. Sekarang tidak lagi kerana barisan pimpinan PAS yang mendukung Tuan Guru Presiden PAS adalah terdiri daripada pejuang yang sanggup mati untuk berdepan UMNO. Bukan pemimpin yang kepingin jawatan menteri semata-mata.

Boleh saja kalau pimpinan Pakatan Rakyat nak jadi menteri dengan niat dan harapan agar negara ini dipimpin secara adil, berhemah dan mengutamakan kebajikkan rakyat. Tetapi menjadi menteri itu tidak semestinya bukan di bawah regim UMNO yang penuh retorik dan tidak pernah ikhlas dalam menjamin keselesaan rakyat. Yakinlah bahawa kali ini rakyat memilih untuk berani sepenggal daripada terus menderita di bawah pemerintah sedia ada, dengan memberi laluan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk mengurus kerajaan.

Berbalik kepada cerita Najib yang menyelam sambil minum air di Kazakhstan. Dari Kazakhstan Najib melontar kenyataan seperti di bawah;
Najib dalam laporan media dari Astana, Kazakhstan menyifatkan Ucapan Dasar Presiden PAS bertemakan Membangun Negara Berkebajikan hanya untuk hadapi PRU13.

Pertama, Najib mengakui bahawa PAS dan Pakatan Rakyat bersedia dengan tawaran kepada rakyat untuk mendirikan sebuah Negara Berkebajikan.
Kedua, Najib tidak sedar bahawa ini adalah kebajikan itu adalah tuntutan dalam sebuah negara Islam. Oleh demikian, pendekatan negara Islam yang dilaungkan oleh PAS selama ini adalah merangkumi sebuah negara berkebajikan.

Justeru, sebagai pemimpin nombor dua PAS yang baru, yang sangat tidak mesra UMNO, yang kalau matinya sepuluh kali dan hidup kembali pun, tidak akan menyertai parti legasi penjajah ! Mat Sabu melakukan smash terus dari Malaysia sampai Kazakhstan dengan kenyataan;

Konsep Negara Berkebajikan telah diwujudkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi ketika Baginda mentadbir Madinah sebagai sebuah Negara Islam.

"PAS perjuangkan dasar Negara Berkebajikan yang didirikan oleh Baginda Nabi sejak zaman Madinah lagi dan bukan hanya untuk PRU13 sahaja.

"Nampak sangat Najib tidak tahu di dalam hal ini, saya kasihan, lebih baik beliau diam sahaja dalam perkara yang beliau tidak tahu.

Bersyukurlah kerana kita mempunyai barisan terbaik dari PAS menjelang selekoh terakhir dalam gerakan menumbangkan Barisan Nasional. Kita juga ada movement massa anak muda melalui SAMM.

Ayuh bersama arus besar ini untuk menumbangkan penguasa angkuh! Peluang 50 tahun sekali jangan dilepaskan. Penjajah harus dihambat dan dibuang jauh-jauh, begitu juga dengan pembawa legasinya.


EDYES @ edyesdotcom
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .