Ikuti Blog ini

TERKINI : Tangkapan menjelang himpunan BERSIH cecah 81

Ketika pemimpin BN memberi amaran kepada BERSIH 2.0 berhubung perhimpunan yang dirancang pada 9 Julai, polis melancarkan gerakan di seluruh negara bagi menghalang badan pemantau pilihan raya itu daripada mempromosi perhimpunannya.

Sejak tangkapan pertama dibuat Rabu lepas, polis sehingga ini telah menahan 81 orang dan jumlahnya dijangka meningkat ketika BERSIH memperhebatkan lagi kempennya dalam tempoh dua minggu sebelum perhimpunannya.

Bagaimanapun, tidak nampak tanda-tanda yang menunjukkan gabungan kumpulan masyarakat sivil yang menuntut pilihan raya bebas dan adil itu, akan membatalkan perhimpunan tersebut.

Sebaliknya, tindakan keras terhadapnya itu telah memberi publisiti kepada BERSIH dan sekaligus membantu membina momentum menjelang perhimpunannya.

Polis mula melancarkan operasinya Rabu lalu dengan menangkap ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK), Razali Abd Ghafar, yang menjual baju-T BERSIH semasa ceramah Pakatan Rakyat di Sepang.

Penjualan baju-T kuning - warna tema BERSIH - kini mendapat sambutan hebat di Lembah Klang.

NONEIa diikuti dengan lebih banyak tangkapan apabila siri jelajah
pra-perhimpunan BERSIH ke seluruh negara dilancarkan pada hari Jumaat di Shah Alam.

Polis mengerahkan lebih 50 anggotanya ke tempat berkenaan dan menangkap timbalan ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, yang berpakaian baju-T BERSIH.

Polis terus mengawal tempat berkenaan sehingga jam 3 pagi.

Pada hari yang sama, tujuh ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan di Kluang, Johor, semasa mereka mengedarkan risalah mengenai perhimpunan tersebut. -M'kini
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .