Merebut kekuasaan adalah satu perkara lumrah sejak wujudnya manusia di atas muka bumi. Habil dan Qabil pertarungan antara golongan tauhid dan kemanusiaan dengan golongan kebendaan dan kepercayaan.Peperangan sering berlaku di sepanjang zaman, daripada generasi selepas Nabi Adam sehinggalah ke hari ini.
Peperangan berlaku semata-mata di atas nama mendapatkan kuasa, mempertahankan kuasa dan melahirkan kuasa keegoan pihak yang berkuasa. Firaun melambangkan kuasanya sehingga menyama tarafkan dirinya sebagai tuhan. "Ana Rabbukumul A'ala" bermaksud Akulah Tuhan yang paling tinggi. Nabi-nabi yang dibekalkan dengan senjata keimanan mencabar kuasa Firaun dengan berbagai cara untuk menundukkan keegoan Firaun, samada Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Yusuf dan beberapa Nabi dan Rasul yang lain menghadapi pihak yang berkuasa, samada melalui peperangan, penyeruan dakwah untuk menamatkan Hegamoni kuasa.
Ratusan tahun Rom dan Parsi berperang di antara tujuannya untuk memperlihatkan siapa yang lebih kuat dan siapa yang lebih berkuasa. Cina melalui Maharaja Tse Huang Tee membina tembok besar untuk menunjukkan kehebatan kuasa dan menghalang serangan pihak berkuasa yang lain. Negara-negara barat, negara-negara di Eropah bertarung peperangan demi peperangan untuk melebarkan sempadan kuasa, samada British, Perancis, German atau Rom. Brritish pernah membina angakatan laut yang paling kuat di dalam dunia untuk menyerang dan menguasai negara lain.
Di atas semangat Jihad Fi Sabilillah negara Islam Madinah berhadapan peperangan demi peperangan untuk mempertahankan kedaulatan negara Islam. Perkembangan di dunia Islam tidak terkecuali, berperang dan diperangi untuk mempertahankan dan melebarkan pengaruh Islam dan negara Islam. Untuk mengambil alih kuasa di dalam negara, "State", kuasa diambil alih melalui pembunuhan ketua negara, pemberontakan dari pasukan bersenjata dan menghasut rakyat supaya menolak penguasa melalui pemberontakan umum dan digantikan dengan pemerintahan baru. Ianya sering berlaku di Afrika, Eropah, Asia Barat dan boleh dikatakan di seluruh negara dunia.
Jelmaan proses pilihanraya dan demokrasi adalah dilihat cara yang terbaik untuk membuat peralihan kuasa. Barangkali cara demokrasi ini tidaklah sempurna tetapi ianya masih menjadi jalan yang terbaik untuk membuat peralihan kuasa di dalam sesebuah negara. Peralihan kuasa boleh berlaku dengan tidak ada tumpah darah dan kehilangan harta benda. Demokrasi diterima secara meluas oleh manusia di atas muka bumi ini terutama selepas perang dunia ke-2.
Suara majoriti rakyat menjadi kuasa penentu untuk memilih ketua negara dan pihak yang berkuasa. Dengan sistem demokrasi yang adil, pertumpahan darah untuk merebut kuasa dapat dielakkan. Kita dapat melihat selepas perang dunia ke-2 di negara-negara Eropah, kalau ada peperangan berlaku di luar negara mereka, tetapi peralihan kuasa di dalam negara mereka melalui suara rakyat terbanyak. Huru-hara dan peperangan sering berlaku di Afrika, Asia Barat, Asia Tenggara, Latin Amerika di antaranya demokrasi dan pilihanraya yang adil tidak berjalan di negara-negara rantau Afrika, Asia dan Latin Amerika.
Oleh itu, mana-mana pemerintah yang berkuasa adalah menjadi tanggungjawab untuk mengadakan pilihanraya yang bersih dan adil untuk mengelak peperangan, kacau bilau, pemberontakan dan pergaduhan.
Sebab itulah rakyat Malaysia yang prihatin mahu pilihanraya yang adil dan bersih dijelmakan di negara ini demi untuk menjaga keamanan dan penerusan pembangunan dan kemanusiaan.