Ikuti Blog ini

UMNO HULUR TANGAN, KITA TAMPAR MEREKA - MAT SABU

SEMEMANGNYA PAS tidak silap memilih Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden parti tersebut. Dan, memang wajar Umno amat bimbang sebelum ini jika Mat Sabu memenangi jawatan nombor dua itu kerana Umno tahu tipu helah mereka untuk bersama PAS kununnya demi perpaduan Melayu pasti akan ditentang sehebat-hebatnya oleh `ayam sabung' PAS berkenaan.

"Kita tidak mahu kejadian 1969 berulang kerana bertanding atas tiket Barisan Nasional dan mereka berjaya, kita ditendang keluar menjelang pilihan raya umum selepas itu. "Pemimpin UMNO sekarang cuba berbaik dengan PAS...bila dihulur tangan, ku tampar tangan mereka," katanya semasa menyampaikan ceramah di Kompleks PAS Kedah di Alor Setar malam tadi (Malaysiakini).

Mengapa begitu sekali anggapan Mat Sabu terhadap Umno? Bukankah Umno terdiri daripada orang-orang Melayu sebangsa dengan beliau dan mereka juga berugama Islam? Mengapa Mat Sabu lebih selesa bersama DAP dan PKR? Sebenarnya bukan Mat Sabu saja yang merasa demikian, bahkan kita juga begitu. Umno sebenarnya tahu dan maklum mengapa PAS tidak lagi berselera dengan parti sekutu Apco tersebut.

PKR dan DAP sebenarnya sudah lama memancing PAS kerana mereka tahu banyak dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS bersamaan dengan apa yang diperjuangkan oleh kedua-dua parti ini. Soal membasmi rasuah, menuntut demokrasi dan keadilan, menentang akta zalim ISA, memperkasakan institusi kehakiman, Polis, SPR, SPRM, menuntut hak royalti, membasmi masalah sosial, meningkatkan mutu pendidikan dan banyak lagi yang dituntut di dalam Islam bersamaan dengan yang diperjuangkan oleh rakan sekutu PAS di dalam PR.

Jika ditanya pada Umno, mereka juga akan berkata perjuangan mereka pun begitu. Tetapi, bagaimana dengan perlaksanaannya selama 50 tahun lebih Umno berkuasa? Adakah mereka berupaya melaksanakannya atau bertambah buruk? Usah disebut tentang rasuah di dalam Umno, sehingga kini pemimpin rasuah ada yang masih menjadi Ketua Menteri. menjadi Wakil Rakyat dan menjadi pemimpin parti. Hak royalti minyak masih dirampas sedangkan negeri-negeri yang patut mendapat hak tersebut adalah negeri-negeri majoritinya Melayu Islam.

Tidak perlu kita bicara soal yang lain, apatah lagi soal agama. Umno jelas gagal sejak dulu lagi untuk memartabatkan Islam. Tidakkah malu Umno dengan kepimpinan DAP di P.Pinang yang sanggup menaikkan peruntukan untuk perkembangan Islam di negeri tersebut dua kali ganda daripada sebelumnya? Terlalu banyak peruntukan dan elaun diberi kepada perkembangan Islam di negeri tersebut termasuk elaun para Imam dan Hafiz. Bantuan kepada SAR juga lebih jauh baik daripada sebelum ini.

Soal-soal berkaitan institusi kehakiman, Polis, SPRM dan SPR tidak perlu kita panjangkan. Terlalu banyak kontroversi dan persoalan yang tidak terjawab. Isu seks juga sudah sinonim bagi mereka sehingga ke tahap menggunakan media untuk menyebarkannya. Budaya fitnah disuburkan siang dan malam. Justeru itu, tepat, wajar dan wajib PAS menjauhi Umno selagi Umno tidak berubah. Tahniah atas ketegasan Mat Sabu. -wfauzdin.blogspot.com
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .