Umno yang dalam keadaan nazak sekarang ini, berperangai seperti pelacur gian... tak dapat benda alah tu... mentimun pun jadi.... asal matlamatnya tercapai... puas merakus nafsu sundalnya.. !!!
KUALA LUMPUR: Identiti Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua (gambar atas) digunakan untuk mengirim emel kepada Ahli Parlimen bagi memberi gambaran palsu, kononnya Ahli Parlimen Batu itu percaya video seks memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai sah.
Menyelar perbuatan itu, Tian Chua berkata penyamar itu didapati menggunakan alamat emel ‘tianchua@rocketmail.com’ untuk menghantar maklumat palsu itu kepada 16 penerima dengan sebahagian sebesar adalah wakil rakyat KEADILAN.
“Ini tindakan mereka yang rendah moral dan menunjukkan Umno Barisan Nasional (BN) terdesak sehingga sanggup menyamar identiti (saya).
“Ini kesalahan serius. Semua bukti ada dan emel palsu, tidak mustahil untuk dijejaki,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin pula mendedahkan beliau turut menerima salinan video fitnah itu yang dikirim melalui sampul ke peti surat rumahnya di Ampang, pagi ini.
Justeru, mereka akan melaporkan kejadian itu kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam masa terdekat.http://kerajaanrakyat.blogspot.com