Masih bersikap angkuh, takbur dan hipokrit !
Di bawah ini ialah Petikan kata-kata Najib ketika berucap menutup Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini petang semalam ……“Saya tidak takut dengan Anwar Ibrahim,.. saya tidak keberatan jika perlu berhadapan dengan Ketua Pembangkang itu dalam mana-mana debat ala pemilihan presiden”
Acah je tu,… hakikatnya sudah terbukti Najib yang sebenar ialah seorang yang penakut! Najib yang sebenar ialah pembohong. Contoh – Najib berjanji untuk membenarkan perhimpunan BERSIH di stadium, tapi tak ditunaikan, malahan cuba berdolak dalik.
Kesanggupan Najib untuk berdebat dengan Anwar ini pun sebenarnya adalah pengakuan kosong. Ia hanya helah atau muslihat, agar tertonjollah keberaniannya di mata rakyat. Walhal dalam hati beliau, sudah menjangka bahawa Anwar akan disumbat kedalam penjara, maka dengan sendiri akan tertutuplah soal debat itu..
Najib juga menegaskan,.. “ Inisiatif untuk memansuhkan ISA adalah keputusan dibuat kerajaan BN dan bukan perjuangan mana-mana pihak lain” Justeru Perdana Menteri mengingatkan jangan ada pihak atau individu yang mahu mendapat nama bahawa pengumuman beliau untuk memansuhkan ISA itu adalah hasil perjuangan mereka.
Kenyataan di atas jelas memperlihatkan kesombongan dan keangkuhan Najib. “Confirm” sikap hipokrit memang sudah menjadi hak milik kekal pemimpin-pemimpin Umno. Sedarlah Najib!
Telah begitu lama rakyat bersungut dan merintih!,.. Sudah begitu lama badan-badan NGO menjerit meminta kerajaan menghapuskan ISA !,..
Usahlah Najib cuba menafikan peranan penting yang dimainkan oleh pembangkang. Saban waktu mereka ini meraung agar akta zalim ini dikuburkan segera. Tidakkah keputusan yang kamu nak buat itu adalah impak dari tindakan-tindakan mereka semua? Malu sangatkah Najib nak mengaku? Terhempapkah maruah Najib jika dia bercakap ilklas? Nampaknya Najib semakin bercelaru !!
Hari ini Najib senang-senang kata pemansuhan ISA itu semata-mata datangnya dari niat ikhlas kerajaan BN – tidak ada kena mengena dengan pihak lain. Ish, ish! Ish…jelik dan lucu benar kita mendengarnya! Kalau benar ikhlas, bebaskan segera mangsa yang masih ditahan! Hulurkan tangan dan ucapkan kata maaf kepada mangsa dan seluruh ahli keluarga mereka yang sekian lama anda zalimi !!
Sebagai rumusan, apa yang kita boleh kata tentang sikap Umno atau pemimpin Umno, cukup mudah ! Cerdik tak boleh diikut, bengap tak boleh diajar!. Kewarasan berfikir tak seberapa!, Sudahlah sombong dan keras hati,ditambah lagi dengan bebal. Mereka tak mahu cermin diri tetapi perasan lebih. Najib! kalau nak tunjuk lagak berani macam Ibrahim Al Kataki, silakan. Jangan heret rakyat undur kebelakang. Jangan cuba membelenggu pemikiran rakyat !!
Oleh : rahimothman