Ikuti Blog ini

Jangan Tipu Maaa...Lu Ingat Rakyat Bengong Selupa Pemimpin Umno ka...??

NONEMenteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai hari ini memohon maaf kerana pada mulanya menafikan bahawa senjata anti-rusuhan telah dilepaskan ke atas penunjuk perasaan yang mencari perlindungan di hospital Tung Shin semasa perhimpunan BERSIH pada 9 Julai.

Ia ekoran hasil siasatan peringkat tertinggi Kementerian Kesihatan
yang mengesahkan bahawa meriam air dan "bom asap" telah dilepaskan ke dalam perkarangan hospital tersebut.

Dua hari selepas perhimpunan tersebut, Liow berkata, pihak berkuasa hospital telah melaporkan kepadanya bahawa hospital itu tidak terjejas.

Liow berkata, ketika beliau mengumumkan laporan pihak hospital itu kepada orang ramai, ia telah menyebabkan tafsiran berbeza di kalangan orang yang berbeza, serta menimbulkan salah faham.

Berikutan itu, beliau memohon maaf dalam sidang akhbar di Putrajaya pagi ini.

Mengenai "bom asap" yang disahkan oleh siasatan tersebut jatuh di Hospital Bersalin Cina bersebelahan dengan Hospital Tung Shin, Liow berkata, ia tidak patut dikelirukan dengan gas pemedih mata.

"Bom asap dan gas pemedih mata sangat berbeza. Ia tidak boleh dibandingkan," katanya.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .