Ikuti Blog ini

Kenyataan Penganalisis Politik Ini "MENAKUTKAN" Umno...

Barisan Nasional (BN) bukan sekuat yang disangka. Penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar yang berkata demikian menjelaskan, BN boleh dikalahkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) jika pembangkang menggunakan strategi yang betul.

“Pada 2008, pembangkang sudah berjaya menafikan penguasaan dua pertiga BN dalam Dewan Rakyat. Ini kali pertama berlaku dalam sejarah negara, BN gagal mengekalkan majoriti dua pertiga.

“Pada saya, kekalahan BN di banyak kerusi pada masa itu bukan atas sebab pembangkang kuat tetapi kerana berlaku masalah dalam BN sendiri,” katanya.

Antara sebab itu, kata Chandra yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional (sebelum ditukar kepada PKR) ialah kerana pemimpin BN sering menganggap mereka berada dalam zon selesa dan akan sentiasa mendapat sokongan rakyat.

“Mereka terlupa pada masa itu faktor ekonomi tidak berpihak kepada mereka. Kenaikan harga minyak menyebabkan hidup rakyat semakin terhimpit, menyebabkan mereka marah kepada kerajaan. Undi protes banyak membantu memenangkan calon pembangkang pada pilihan raya itu,” katanya.

Berbanding kerusi Parlimen yang menurutnya BN berpeluang untuk kembali menguasai majoriti dua pertiga, Chandra bagaimanapun mengakui sukar untuk meramal keupayaan BN merampas semula pemerintahan negeri yang kini di bawah PR.

Pada 2 Oktober lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan meramalkan peluang BN untuk menang dan kekal berkuasa jika PRU-13 diadakan dalam masa terdekat, boleh dianggap tipis.

Katanya, ini berikutan masih wujud pelbagai gejala negatif dalam parti komponen utama BN, Umno seperti budaya cantas mencantas yang kini berada pada tahap kritikal.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .