
Pengerusi biro hal ehwal Sabah dan Sarawak dewan itu Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata, kempen yang dikenali "Protes BN" itu akan digerakkan ke seluruh negeri melalui ekspo, siri jelajah dan penyebaran risalah.
"Saya pasti bahawa semua rakyat merasai bebanan kenaikan harga barang ini," katanya yang juga anggota jawatankuasa pusat PAS.
Beliau menyeru semua pihak turut mengambil bahagian dalam kempen itu.
Ahmad Kerdee berkata, beliau menjangkakan pada tahun depan caj 6 peratus terhadap perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikuatkuasakan.
Hadir sama dalam majlis perlancaran itu Ketua Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu dan beberapa exco Pemuda PAS. -M'kini