Kerajaan Rakyat: Polis Malaysia (PDRM) ternyata GAGAL merancang dan bertindak secara bijak, waras dan pantas tanpa tekanan daripada rakyat. Dalam isu program songsang yang dikepalai antaranya olih Amiga dengan sokongan padu dari anak bekas presiden Umno, Mahathir Mohamad, pihak polis hanya mengisytiharkan pengharamannya selepas pelbagai pihak termasuk dari YAB TG Nik Aziz menyuarakan bantahan hebat.
Timbalan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar telah mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti anjuran penganjur 'Seksualiti Merdeka'.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Sungai Besi hari ini, Khalid berkata polis akan mengambil tindakan terhadap program yang akan dijadualkan pada 9 hingga 13 November.
Katanya, pihak polis bertanggungjawab untuk mengekalkan ketenteraman awam.
Khalid berkata, apabila terdapat ancaman kepada ketenteraman awam, maka pihak polis perlu mengambil sewajarnya."
Arahan tersebut datang dari pihak polis sendiri, tambah Khalid.
Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat yang terdiri daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina.
Ia dianjurkan oleh sekumpulan gabungan longgar NGO, artis, aktivis dan individu sejak 2008.
Program festival itu, termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan.