Ikuti Blog ini

TANAH : SATIM JANGAN ALIH ISU SEBENAR

Dewan Pemuda Pas Puchong, melaui Ketua Pemudanya, Sdr Mohd Rosharizan mengucapkan terima kasih YB Dato’ Satim Diman kerana berani menjawab isu penyewelengan tanah di Science Park 2, Cyberjaya selepas Dewan Pemuda Pas Puchong membuat laporan polis terhadap beliau kelmarin (20 Nov 2011).

Menurut Rosharizan, "Apa mengecewakan Dewan Pemuda Pas Puchong adalah jawapan yang tidak konsisten daripada beliau (Satim). Akhbar Sinar Harian bertarikh 22 Nov 2011 bertajuk “Cubaan alih perhatian rakyat – Satim”, hanya berani menyalahkan YAB Tan Sri Menteri Besar dan mencabar Dewan Pemuda Pas Puchong untuk mendesak Kerajaan Negeri Selangor untuk menutup pusat premis  hiburan dalam membuktikan Dewan Pemuda menjalankan tugas dengan baik" katanya.


Dewan Pemuda Pas Puchong melihat sedikit pun YB Dato Satim Diman tidak menjawab pertuduhan penyelewengan yang dikemukakan oleh YAB Tan Sri Menteri Besar ke atas beliau sewaktu sesi penggulungan Bajet 2012 yang lalu menyatakan bahawa beliau (Satim) terlibat secara langsung dalam membuat transaksi berhubung jualan tanah di Science Park 2, Cyberjaya semasa pentadbiran BN pada tahun 2006. Tanah milik kerajaan Negeri itu dianugerahkan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk tujuan pendidikan sains. 

Bagaimanapun Tan Sri Menteri Besar mendakwa tanah tersebut dijual oleh Satim dengan harga murah kepada Nikmat Inai Sdn Bhd dimana Satim adalah ahli Lembaga Pengarah dan pemegang saham terbesar dalam syarikat tersebut. Tanah tersebut dijual pada harga RM 1.80 sekaki atau RM 6.5 juta, yang kemudian Nikmat Inai Sdn Bhd telah menjual semula kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada harga RM 5.30 sekaki persegi atau RM 19.2 juta sedangkan Nikmat Inai Sdn Bhd masih belum habis bayar lagi kepada PKPS.

Menurut Rosharizan, "Ini isu sebenar mengapa Dewan Pemuda Pas Puchong membuat laporan polis terhadap Satim dan mendesak supaya siasatan segera perlu dibuat sekiranya berlaku penyelewengan seperti yang didakwa oleh YAB Tan Sri Menteri Besar. Jadi siapa sebenarnya yang cuba mengalih perhatian rakyat ???."

Tambah beliau lagi, "Sekiranya YB Dato Satim mencabar kami untuk mendesak Kerajaan Negeri untuk menutup semua premis hiburan di Selangor, Dewan Pemuda Pas Puchong juga mencabar Satim untuk mendesak dan memastikan negeri yang berada dibawah pemerintahan UMNO BN, yang berkuasa lebih 50 tahun untuk menutup semua premis hiburan terlebih dahulu, sebagaimana yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pemerintahan Dato Paduka Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sewaktu dapat memerintah negeri tersebut dari tahun 1990 lagi. Buktikan UMNO BN  juga hero dalam membincang isu premis hiburan ini."

Rosharizan yang juga Penyelaras Dun Seri Serdang (N29) turut berharap agar rakyat tidak mudah tertipu dengan memilih pemimpin yang tidak mempunyai intergriti, mempunyai salah laku penyelewengan wang rakyat, bagi memastikan undi mereka benar-benar tepat dan terbela khususnya di Dun Seri Serdang dan Selangor amnya. 
"Sebab itu kami meminta supaya YB Dato Satim tampil memberi jawapan yang konsisten berkaitan dengan isu ini supaya beliau benar-benar bersih daripada pertuduhan berat ini" katanya. Sumber


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .