NFC: Shahrizat patut undur sebelum dihalau, kata Mahathir
KUALA LUMPUR — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sewajarnya berundur daripada politik berhubung kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarganya, jika ia perlu bagi membantu partinya.
Bekas perdana menteri berkata, Ketua Wanita Umno itu perlu meninggalkan sebelum “dihalau” keluar oleh partinya.
“Jika kita merasakan ia adalah penting demi parti, kita berundur. Ketika saya hendak berundur, saya tidak bertanya sesiapa.
“Saya berharap yang lain akan berbuat begitu. Jangan tunggu orang menghalau anda keluar. Ya, ukur baju di badan sendiri,” kata beliau ketika ditanya sama ada menteri bertaraf senator itu wajar berundur ekoran isu berkenaan.

Oleh Shannon Teoh December 09, 2011 - MI
Dr M: Shahrizat harus tahu bila nak berundur
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Perbangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Jalil yang bergelut dengan kontroversi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), harus tahu bila seseorang itu patut berundur.
Bercakap dalam sidang media selepas melancarkan memoirnya "A Doctor in the House" versi e-book, Dr Mahathir berkata adalah lebih baik berhenti daripada dihalau.
Dengan memberi contoh persaraannya, Dr Mahathir berkata beliau mengambil keputusan untuk berhenti tanpa perlu menunggu orang lain memintanya berbuat demikian.
"Bila saya nak berenti saya tak tanya siapa pun, saya fikir elok saya berhenti, saya berhenti".
"Saya harap orang lain pun macam itu, tak payah nak tunggu sampai orang halau saya.
"Kalau kita berasa perlu berhenti kerana parti, kita berhenti, kalau ingin sumbang, kita bertanding," tegas Dr Mahathir lagi.
Ditanya sama ada Sharizat perlu mengetahui batasnya, Dr Mahathir berkata: "Ya, ukur baju badan masing-masing". -M'kini

Catatan: Agaknya Shahrizat ukur baju di badan Rafidah AP Aziz dulu ni... 'Badan' Rafidah tak sama. Dia jaga AP import kereta mewah dan beri pada anak-menantu. Anak-menantu jual AP kepada orang lain untuk dapat duit. Berbeza dengan Shahrizat. Dapat duit ratus-ratus juta Ringgit, bagi pada suami dan anak-anak supaya boleh tumpang seronok tengok mereka bergaji besar, import lembu mewah yang layak tinggal di kondo. Rafidah mesti jeles sebab suami Shahrizat mampu beli Merc tanpa guna AP....