"Dalam PAS, kita lakukan sumpah bai'ah terhadap calon yang memenangi pilihan raya agar mereka tidak keluar atau lompat parti kerana mereka menang atas tiket PAS yang dipilih oleh rakyat.
"Sebaliknya, Umno melafazkan sumpah itu untuk tidak mengkhianati dan taat setia pada calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding,"kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Menurutnya, sumpah Umno ini lebih kepada pemilihan calon dan bukan dibuat kerana amanah yang diberikan oleh rakyat atau parti
Beliau berkata, sumpah taat setia Umno semalam juga membuktikan parti itu sedang berdepan masalah dalaman di kalangan ahli.membuktikan parti itu sedang berdepan masalah dalaman di kalangan ahli.
Katanyan , masalah dalaman Umno dilihat begitu ketara sehingga memaksa ahlinya bersumpah untuk menyokong calon yang bakal dipilih pada pilihan raya umum akan datang dan ahli-ahli juga diminta untuk tidak mengkhianati calon tersebut.
Bagaimana pun, Pesuruhjaya PAS Pahang itu juga berkata, tindakan ahli Umno melakukan sumpah taat setia secara tidak langsung telah memberi satu pengiktirafan terhadap apa yang telah PAS lakukan.
"Dahulu, pada awalnya PAS dicemuh dan dikritik oleh pimpinan Umno. Mereka juga akhirnya melakukan perkara sama," katanya kepada pihak media
Oleh itu, katanya, Sumpah Umno bukan dibuat kerana amanah yang diberikan oleh rakyat atau parti, tetapi kerana apa yang berlaku dalam Umno sekarang. -BO