Ikuti Blog ini

Konsep Berkebajikan PAS Menggerunkan Umno

BESUT - PAS di semua peringkat mampu melaksanakan program-program kebajikan dan memberikan bantuan tanpa mengira fahaman politik dalam merealisasikan konsep Negara Berkebajikan yang kini menjadi tema perjuangan parti Islam itu.

Konsep tersebut adalah merupakan usaha murni PAS selepas tema merakyatkan PAS, 'PAS For All' yang telah berjaya dilaksanakan sebelum ini.

Justeru, perlaksanaan pelbagai aktiviti kemasyarakatan berdasarkan konsep Negara Berkebajikan PAS telah menggerunkan musuhnya, Umno dan Barisan Nasional (BN).

Walaupun Nik Li yang menetap di Kampung Dalam Batu 13, Hulu Besut, bukan seorang ahli PAS, namun atas keprihatinan pemimpin dan ahli  PAS telah menyumbang sebuah kerusi roda untuk kemudahan beliau.

Nik Li Abdul Ghani, 53, pernah bekerja sebagai pemandu lori kini terlantar sakit akibat kanser testis sejak lebih tiga tahun lalu.

Sebelum ini, Nik Li belum pernah mengenali perjuangan PAS sehingga hasrat dan hajat beliau memiliki sebuah kerusi roda bagi memudahkan pergerakan hariannya diajukan kepada salah seorang ahli PAS setempat.

Menurut  Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Hulu Besut, Shalahuddin Jaafar (Cikgu Solah), sumbangan kerusi roda adalah tanggungjawab sosial parti bagi merealisasikan impian Nik Li.

Kata Cikgu Solah, konsep Negara Berkebajikan merangkumi semua aspek dan bukan sekadar memberi bantuan kebendaan sahaja.

“Inilah (sumbangan) yang kita (PAS) mampu dan boleh tolong Saudara Nik Li, bantuan  (kerusi roda) ini mungkin tidak seberapa tetapi cukup bermakna untuk membantu mereka yang memerlukan,” ujarnya

Menurutnya, PAS dan kebajikan sudah sinonim yang telah diketahui umum oleh rakyat melalui pelbagai aktiviti parti sepanjang tahun.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut telah menyampaikan sumbangan kerusi roda itu bersempena lawatanya ke kawasan Besut.

Nik Li ketika ditemui selepas menerima sumbangan tersebut menyatakan rasa terima kasihnya dan  terharu atas kunjungan Haji Wahid.

“Saya rasa cukup sedih dan terharu dengan kehadiran Yang Berhormat (Abdul Wahid) ziarah saya, walau pun saya bukan orang PAS tetapi cukup bermakna kepada saya,” ujarnya dengan linangan air mata. -BO
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .