Ikuti Blog ini

Imam baling kasut: Isteri, peguam fail semakan


Peguam veteran Karpal Singh dan isteri seorang imam, Noorliza Mat Isa, 43, hari ini memfailkan permohonan semakan kehakiman di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan bagi mengkaji semula tempoh tahanan satu tahun penjara ke atas Hoslan Hussein.

Mereka memohon agar tempoh pemenjaraan itu disemak dan dikurangkan atas alasan Mahkamah Persekutuan melampaui bidang kuasanya ketika menjatuhkan hukuman penjara setahun.

Hujah mereka, hukuman maksimum yang diperuntukkan di bawah Seksyen 228 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menghina pegawai kehakiman adalah penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Hoslan pada 8 Mac dijatuhkan hukuman penjara satu tahun oleh mahkamah tertinggi di negara ini kerana didapati bersalah membaling seliparnya ke arah panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Insiden melempas selipar itu berlaku pada 22 Februari.

Tindakan itu selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya supaya diberi kebenaran membuat rayuan.
Hoslan yang kini ditempatkan di Penjara Kajang. -M'kini
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .