Ikuti Blog ini

PRU-13, 3 Jun 2012 -Bloomberg


Bloomberg melaporkan Kerajaan Pusat sedang mempertimbangkan kemungkinan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei atau Jun ini.

Menurut empat sumber yang tidak didedahkan, Bloomberg melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual bercakap di hadapan sekitar 4,000 orang kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, khususnya dari Jabatan Penerangan, yang akan membantu menyelia perjalanan pilihan raya yang akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Salah satu tarikh yang disyorkan ialah 3 Jun, demikian menurut tiga pegawai dipetik laporan portal Bloomberg.

“Kesemua petanda menuju ke arah pilihan raya pada akhir Mei atau awal Jun ini,” kata Ong Kian Ming, penganalisis politik dari UCSI.
“Ia adalah masa yang sesuai bagi Najib, jika beliau menunggu lebih lama, skandal-skandal lain akan muncul.” kata Kian Ming.

Sehubungan itu katanya, jika keadaan sedemikian wujud, ia sudah pasti akan menjejaskan segala ‘suasana mesra’ BN yang wujud sekarang, yang antara lain disumbangkan  oleh pengagihan bantuan dijanjikan dalam Bajet 2012.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga berkata, tarikh PRU-13 pada pandangan beliau, tempoh yang sesuai yang ada sebelum sesi Parlimen Julai ini ialah dua minggu pertama Mei dan dua minggu kedua Jun.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .