
Bagi Salahuddin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian, Tun Musa Hitam adalah seorang negarawan yang masih punya peranan khususnya dalam berkongsi pengalaman luas beliau yang terlibat dalam dunia politik tanah air.
Selain itu Tuan Musa juga katanya punya pegetahuan yang mendalam menilai pemikiran strategik terutama dalam meramal landskap politik negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.
"Yang menariknya kedua-dua kami adalah orang Johor walaupun dalam era yang berbeza yang masih punya nilai yang sama dalam melihat perkembangan politik Johor itu sendiri.
"Yang jelas kami bersetuju atas banyak perkara dalam melihat perkara-perkara yang berkepentingan rakyat dan negara," katanya kepada Harakahdaily
Perbezaan idealogi antara kedua-dua mereka ujar Salahuddin, langsung tidak menggangu perbincangan mereka terutama dalam isu wibawa dan intergriti kepimpinan masa depan negara.
"Saya mengharapkan kami akan dapat berjumpa lagi di lain waktu, pertemuan hari ini sangat mesra dan penuh makna bagi saya sendiri menimba satu lagi pengalaman berharga sambil minum kopi bersama Tun Musa Hitam di Bukit Tunku," katanya. -Hrkh