KUANTAN
- Walaupun Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak kelihatan begitu
gembira dengan sambutan Ulang Tahun Umno ke-66 di Stadium Bukit Jalil
pada Jumaat 11 Mei, namun lain pula cerita yang dialami Presiden Umno
itu di kampungnya, kawasan Parlimen Pekan.
Pada Sabtu 12 Mei, Najib pulang tergesa-gesa apabila Majlis
perasmian Karnival Belia Pekan (Youth Of Pekan - YO Pekan) yang
dirasmikannnya gagal mendapat sambutan.
Sasaran kehadiran seramai
10,000 orang meleset apabila hanya kira-kira 5,000 orang hadir ke
Majlis tersebut yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.
Menurut
saksi seorang pegawai tinggi swasta, Najib meninggalkan majlis sebelum
sempat menjamah hidangan jamuan petang yang diadakan di dewan Majlis
Daerah Pekan.
“Majlis bermula jam 3 pm dijangkakan kehadiran 10 ribu (orang) tapi yang hadir kurang lebih 5 ribu (orang sahaja).
“Selepas
perasmian dan penyampaian hadiah PM sepatutnya bersama ke jamuan petang
(yang diadakan) di dewan Majlis Daeran Pekan, tapi PM berangkat pulang
(dengan tergesa-gesa),”ujarnya yang tidak mahu dikenali.
[Gambar - hanya tiga meja jamuan yang dipenuhi dari berpuluh-puluh yng disediakan untuk Jamuan minum petang bersama Najib]
Sehubungan itu, beliau kesal kerana berpuluh-puluh meja yang disediakan
untuk minum petang bersama Najib akhirnya hanya tiga meja sahaja
dipenuhi.
“Apa jadi jamuan yang di sediakan berpuluh puluh meja
(akhirnya) cuma 3 meja penuh iaitu satu (meja) YAB MB (Adnan Yaakob) ,
satu meja orangg awam , (dan) satu (meja lagi untuk) pemberita,
“yang
lain kosong dan yang luar dewan juga kosong,”jelasnya yang menambah,
kedua majlis penyerahan tajaan Karnival tersebut kepada Najib juga
terpaksa di batalkan.
Beliau menyifatkan ia adalah satu
pembaziran akibat Najib meninggalkan majlis jamuan tersebut dan mungkin
satu petanda BN akan tersungkur pada pilihanraya umum akan datang. -BO