Ikuti Blog ini

Bersih haram bukan fatwa tetapi nasihat - Mashitah


KUALA LUMPUR: Selepas hampir sebulan dimainkan media Umno kononnya Bersih 3.0 difatwakan haram, tiba-tiba hari ini Parlimen diberitahu kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan tempoh hari bukan fatwa, sebaliknya adalah nasihat.

Penjelasan itu dinyatakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim (gambar) di Dewan Rakyat petang ini.

Beliau berkata demikian sebagai jawapan balas kepada ucapan penangguhan oleh Ahli Parlimen Kuala Kedah Ahmad Kassim yang mendakwa fatwa tersebut membawa kekeliruan kepada rakyat.

Ahmad dalam ucapannya juga mendakwa fatwa pengharaman Bersih 3.0 itu juga bertentangan dengan konsep amar makruf nahi mungkar.

Beliau juga turut membawa pandangan ulamak antarabangsa seperti Dr. Wahbah Az Zuhaili dan Dr.Yusuf Al Qaradawi yang berpandangan sebaliknya.

Pada 6 Mei lalu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang, memutuskan tindakan individu yang menyertai demonstrasi yang menghasilkan natijah tidak baik termasuk Bersih 3.0 adalah haram.

Pengerusinya, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, perbuatan itu juga haram sekiranya ia mempunyai niat untuk menjatuhkan sebuah negara yang sah dari segi undang-undang. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .