Semalam
sekumpulan anggota polis dari kontinjen Johor telah membawa waran
geledah keatas Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang, Pusat
Khidmat Parlimen Bukit Gantang, Pejabat Pas Perak serta kediaman rumah
Dato Sri Nizar yang diketuai oleh ASP Tan Yang Siong dari IPD Johor
Baharu bersama dengan Inspektor Fazurah dari bahagian Forensik Komputer.
Kesemua komputer di pejabat tersebut diambil untuk siasatan kes.
Menurut sumber laporan, serbuan ini adalah disebabkan satu laporan yang dibuat oleh UMNO Bahagian Pulai mengenai isu nombor plate kereta WWW 1.
Satu persoalan yang bermain di fikiran penulis kalau benar dengan alasan aduan dari pihak Umno membawa kepada waran ini amatlah malangnya senario politik Malaysia sekarang ini. Kenapa begitu banyak laporan dari Pemuda Pas mengenai kebiadapan akhbar kosmo yang mempersenda harga nombor WWW1 tetapi hingga kini tiada susulan dari pihak berwajib keatas report ini?
Kalau begini senarionya hanya dengan kertas undi yang akan memberi ruang keadilan kepada semua, ayuh semua dengan keazaman kita tumbangkan Umno /Bn pada Pru 13 nanti! -mediaperak
Polis kini secara terang-terang mengamalkan dasar yang berat sebelah dan tidak profesyenal apabila mereka bertindak seperti dicucuk hidung oleh UMNO BN.
Laporan polis terhadap Nizar diberikan keutamaan untuk disiasat sedangkan laporan polis terhadap akhbar kosmo milik Utusan tidak lansung diberikan perhatian.
Kedatangan polis ke pejabat Khidmat Parlimen Bukit Gantang, menurut pemerhatian GB, ialah untuk mencari bukti-bukti tambahan untuk mendakwa mantan MB Perak berkenaan. Ini kerana soalsiasat ke atas DS Mohd Nizar beberapa hari ini tidak memberikan bukti kukuh kepada pihak polis untuk mendakwa beliau.
Tetapi akibat "tekanan" pihak tertentu, pihak polis terus memburu dan mencari apa-apa saja yang boleh diklassifikasikan sebagai bahan bukti untuk mendakwa Nizar.
Jika beginilah sikap polis, rakyat dengan sendirinya tidak akan menghormati profesyen polis lagi. Salah siapa? -GB

WWW1 - 5 Anggota Polis Johor Datang Pejabat Pusat Khidmat Nizar
Dalam pukul 12.06 tengahari semalam, Pejabat Pusat Khidmat DS Nizar, didatangi 5 anggota polis Johor. Mereka tunjuk kad kuasa dan perintah mahkamah untuk melihat CPU Komputer dan ambil "history komputer.
Aku dan ketua aku Fadhil diambil Kad Pengenalan dan maklumat diri. APA yang menarik,tuan pegawai bagitau, kami ikhlas.
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak telah didatangi 5 anggota polis dari negeri Johor yang diketuai Insp Aridhasan a/l Menandi. Pasukan polis ini datang bersama Warrant yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Johor Bharu.
Tiada apa yang diambil.H anya maklumat CPU dan komputer. Apa yang menarik mereka juga menggunakan bilik air Pusat Khidmat.