Ikuti Blog ini

Occupy Balok-Gebeng tembusi sekatan polis

(Mohamad Sabu, Tuan Ibrahim dan lain-lain di atas satu pentas khas yang dibuat dari lori)

KUANTAN: Seramai 1,000 orang peserta berjaya menembusi sekatan jalan raya polis untuk berhimpun di pintu masuk Zon Industri Gebeng bagi menyatakan bantahan ke atas loji nadir bumi Lynas.

Sekurang-kurangnya tiga sekatan jalan raya diadakan sejak awal pagi ini di sekitar taman industri tersebut bagi menghadapi para peserta yang berhimpun di pantai Balok sejak semalam, lapor Malaysiakini.

Kumpulan yang diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan ketua lajnah alam sekitar parti itu, Zulkefly Mohd Omar pada awalnya diminta untuk berpatah balik oleh anggota polis yang mengawal di sekatan tersebut.

Walaupun sebahagian daripada kumpulan berkenaan berjaya membolosi sekatan, kumpulan berkenaan akhirnya membuat keputusan untuk duduk di pintu masuk Zon Industri Gebeng bagi menyatakan bantahan mereka.

Beberapa orang turut berucap daripada satu pentas yang menggunakan bahagian belakang sebuah lori.

Antaranya adalah Pengerusi Himpunan Hijau  Wong Tack, Pengerusi bersama Bersih A Samad Said, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Pahang DatukTuan Ibrahim Tuan Man dan Adun Triang, Leong Ngah Ngah.

Ketua Polis Kuantan Mohd Jasmani Yusof bersama pasukannya kemudian menyekat mereka dan meminta bersurai kerana perhimpunan itu tidak mempunyai permit polis. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .