1. Kurangkan cukai ke atas rakyat marhaen, jika perlu mansuhkan cukai
yang jelas membebankan rakyat menengah ke bawah, sebaliknya perkasakan
sistem percukaian ini secara adil dan telus kepada pihak yang layak dan
wajar membayar cukai. Sistem zakat ke atas ummat Islam adalah terbaik
selaku produk Tuhan yang Maha Mencipta yang juga perlu diperkasakan
perlaksanaannya dalam negara kita.
2. Malaysia antara negara yang banyak mengenakan cukai ke atas rakyat dan tinggi pula nilai cukai tersebut berbanding negara - negara jiran seperti Thailand. Antara cukai yang dikenakan seperti :
a] Cukai pendapatan
b] Cukai pintu rumah kediaman
c] Cukai bakul penjaja kecil dan juga
d] Cukai jalan
e] Cukai kenderaan import
f ] Cukai stamp dan pelbagai cukai lain yang dilihat membebankan rakyat.
3. Malaysia sedang menghadapi 2 keadaan yang tidak membangunkan rakyat .
Pertama : Hasil mahsulnya yang banyak, tetapi kekayaan itu masih berlegar dikalangan orang - orang kaya dan elit tertentu. sedang inilah yang dilarang oleh syara'. Firman Allah swt :
مَّا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنكُمْ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian)
supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.
Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya). Al Hasyr : 7
Kedua : Ialah ketirisan dana perbelanjaan awam yang banyak merugikan demikian juga pembaziran dengan melakukan projek mega yang tidak membawa impak maksima kepada rakyat.
4. Antara contoh yang boleh saya tunjukkan di sini ialah :
a] Laporan Ketua Audit Negara baru - baru ini menjelaskan ketirisan dalam perbelanjaan dana awam sebanyak RM 28 bilion.
b] Dakwaan Global Financial Integrity [ GFI ] bahawa RM 889 bilion wang haram telah mengalir keluar dalam tempoh 8 tahun [ 2000 - 2008 ]
c] Menurut laporan Majalah International Living tahun 2010 : Kos hidup di Malaysia adalah ke 21 paling tinggi di dunia.
5. Kos hidup meningkat antaranya kerana :
a] kenaikan harga barang keperluan termasuk harga rumah dan tanah. sedang pendapatan masih perlahan ditambah pula terpaksa membayar pelbagai kadar cukai.
b] Statistik Bank Negara Malaysia pada akhir Nov 2010 menjelaskan mengenai :
Hutang Isi Rumah rakyat Malaysia : RM 577 bilion
Ia bersamaan 74 % dari Keluaran Dalam Negara Kasar [ KDNK ] sekaligus ia menampakkan keupayaan berbelanja rakyat sangat rendah.
6. Realiti ini tentunya menekan rakyat terutama generasi muda. Saya tertarik dengan hasil kajian Pemuda BN sendiri [ melalui Makmal Pemuda BN ] menampakkan trend serupa mengenai suara anak muda :
40 % : anak muda bimbang masa depan negara
48 % : Kualiti hidup mereka di Malaysia tidak terjamin
39 % : hidup di Malaysia sukar & hanya cukup keperluan
9 % : sangat sukar & tdak cukup keperluan.
81 % anak muda pernah habis wang sebelum dapat gaji berikutnya.
10 % anak mudankerap mengalami situasi tersebut iaitu habis wang sebelum dapat gaji bulan berikut.
7. Malaysia bukan negara gersang tanpa hasil mahsul. Malaysia memiliki bijih, minyak, gas, emas, getah, sawit, balak, padi, ikan dan sebagainya. Gamat pun banyak . Semuanya adalah amanah Allah swt dan selayaknya diurus oleh kerajaan yang TELUS dan AMANAH.
8. Kekayaan negara yang berlonggok dikalangan tertentu, bukan sahaja melebarkan jurang kaya miskin, tetapi sering menjadikan mereka angkuh dengan kekayaan dan kuasa yang mereka miliki. Persis rakaman kisah yang disebut oleh Allah dalam al Quran :
إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِن قَوْمِ مُوسَىٰ فَبَغَىٰ عَلَيْهِمْ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ
Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".
قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلْمٍ عِندِي أَوَلَمْ يَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ أَهْلَكَ مِن قَبْلِهِ مِنَ الْقُرُونِ مَنْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُ قُوَّةً وَأَكْثَرُ جَمْعًا وَلَا يُسْأَلُ عَن ذُنُوبِهِمُ الْمُجْرِمُونَ
Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).
Surah al Qasas : 76 - 78
9. Mengurangkan kadar dan jumlah cukai yang dikenakan keatas rakyat akan banyak membantu rakyat membina kehidupan yang lebih baik dan selesa. Sekaligus berpotensi menjana kitaran ekonomi yang sihat melalui tahap upaya rakyat berbelanja.
10. Negara dan pemimpinnya juga mesti yakin pada berkat dan rahmat Allah swt tuhan yang memberikan rezeki. Pastikan negara bertaqwa dan tidak derhaka kepada Allah swt dengan tidak melakukan mungkar samaada dalam sosial, politik mahupun ekonomi, nescaya negara akan diberkati dan dirahmati Allah swt. Pastinya rezeki atau pendapatan negara akan bertambah tanpa perlu bergantung dengan pelbagai cukai yang disedut daripada rakyat.
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
Surah Al A'araf : 96
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.