Heboh diperkatakan diinternet semenjak semalam kononnya kereta bernombor platekan WWW 1, Proton Staria Neo warna Jingga kepunyaan DYMM Sultan Johor yang penuh diselaputi kontroversi itu, terlibat dalam kemalangan.
Nombor plate yang terpaksa beberapa NGO membuat demo tunjuk taat setia dan pihak polis menyerbu pejabat YB Ir Nizar Jamaluddin.
Kereta yang ditempel dengan nombor plate paling mahal dalam sejarah negara, RM500,000 itu berlaku di Lebuhraya Utara Selatan, Yong Peng menuju ke Kuala Lumpur, kira-kira jam 12.30 tgh 28hb Julai 2012 kerana melanggar pengadang jalan.
Kereta tersebut dipercayai dipandu dengan laju sehingga gagal dikawal, lalu melanggar pengadang jalan.
Setelah admin menjalankan risikan dan siasatan sambil mengamati beberapa keping gambar kereta Proton Satria Neo warna jingga milik Sultan Johor, admin dapati ada perbezaan dari segi rim aloi kereta yang terlibat dengan kemalangan dengan kereta milik Sultan Johor.
Sila amati betul-betul beberapa keping gambar yang dimuat naik untuk kita sama-sama analisa.
Admin yakin kereta tersebut bukan milik Sultan Johor.
Kereta ala-ala mirip Sultan Johor tetapi bukannya milik baginda.
Walau bagaimana pun. Pihak Polis Trafik Johor perlu mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjawab segala sekulasi mengenai kemalangan ini.
FIKIR SECARA IKUT HUKUM AKAL LOGIK....KALAU BENAR KERETA YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN ITU MILIK SULTAN JOHOR... MENGAPA TIDAK MEREKA SNAP NOMBOR PLATENYA?.