Ikuti Blog ini

EDISI CAPATI: Cara UMNO-BN Menyambut Janji Ditepati

Bagi meramaikan hadirin yang menyertai ‘Himpunan Janji Ditepati’ sempena sambutan hari kemerdekaan ke 55 ini, berbagai cara digunakan kerajaan UMNO/BN. Selain dari ribuan SMS yang dihantar secara rawak kepada nombor HP yang pemiliknya diyakini berada disekitar Kuala Lumpur dan juga Selangor.. kerahan tenaga juga dilakukan.

Satu e-mel dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mendedahkan bahawa Putrajaya akan menawarkan ganjaran wang tunai dan cenderamata kepada kira-kira 1,000 pelajar universiti yang bersetuju untuk mengambil bahagian dalam sambutan Hari Kebangsaan. Satu di Dataran Merdeka pada waktu pagi dan kedua di Stadium Bukit Jalil pada waktu petang. “T-shirt disediakan pada waktu pagi dan wang tunai sebagai penghargaan akan diberikan kepada setiap peserta,” kata seorang pegawai dalam satu kiriman e-mel kepada sebuah universiti. “Untuk waktu petang, tiada T-shirt disediakan.”  Peserta dijangka menghadiri raptai selama lima hari akan dibayar RM20 dan makan tengah hari disediakan untuk setiap hari.

Kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga tidak terlepas dari menjadi mangsa kerajaan UMNO/BN. 

Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa semua Pegawai dan Kakitangan DBKL adalah dikerahkan untuk hadir ke ‘Himpunan Janji Ditepati’ sempena sambutan hari kemerdekaan ke 55 ini.

Kehadiran anda adalah diwajibkan dan akan direkodkan.. kalau berani tak datang, pangkat dan gaji anda dijamin tidak akan naik..






















Janji yang masih belum diTEPATI UMNO-BN pada rakyat..

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontarktornya" 
- PM Malaysia Tun Abdul Razak, 12 November 1975


Nampak sangat dah taktik TERDESAK kerajaan UMNO-BN nak tunjukkan sokongan rakyat.. Nak menipu tu agak agak la weeeii..
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .