Ikuti Blog ini

KANTOI! Negeri Karat Umno-APCO Pun Sambutan Merdeka Lemau!


Kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan masih belum begitu dirasai walaupun detik 31 Ogos hanya berbaki beberapa hari lagi.

Tinjauan Sinar Harian ke beberapa lokasi mendapati, sambutan dalam kalangan peniaga agak dingin dengan hanya beberapa premis mengambil inisiatif memasang Jalur Gemilang tetapi kebanyakannya tidak mengendahkannya.

Bukan hanya premis swasta tidak mengibarkan Jalur Gemilang, malah bangunan agensi dan jabatan kerajaan juga hanya dihias ala-kadar berbanding sambutan tahun sebelumnya.

(Gambar: Beginilah keadaan menjelang sambutan Kemerdekaan di sekitar Telok Mas, Melaka yang membuktikan suramnya sambutan masyarakat walaupun di negeri yang ditadbir Umno-APCO sekalipun.)

Mungkin ada yang mengaitkan dengan ketibaan Syawal yang menyebabkan sambutan tidak begitu dirasai, sebaliknya orang ramai lebih tertumpu kepada persiapan menyambut Aidilfitri.

Seorang peniaga, Siti Norhadirah Kadar, 30, berkata, dia turut merasakan sambutan tahun ini tidak begitu meriah kerana tidak banyak Jalur Gemilang dipasang di lokasi strategik.

“Sepatutnya lebih banyak Jalur Gemilang dipasang kerana ia bukan saja mencantikkan pemandangan dan menimbulkan suasana perayaan tetapi dapat menaikkan semangat patriotik.

“Ulang tahun kemerdekaan hanya disambut setahun sekali dan seharusnya ia menjadi acara yang meriah. Jika mahu dikaitkan dengan Ramadan, ia tidak sepatutnya menjadi alasan," katanya.

Seorang penduduk, Mohd Yusof Abd Rashid, 60, berkata, dia turut mengakui sambutan kali ini agak dingin dan muram kerana tidak banyak aktiviti berkaitan Hari Kemerdeakaan diadakan.

“Mungkin ada persediaan di sana sini tetapi tidak begitu ketara kerana tumpuan orang ramai ialah berbuka puasa dan berkunjung ke bazar Ramadan,” katanya.

Sementara seorang lagi penduduk, Maznan Mohamad, 37, yang tinggal di Taman Seri Telok Emas juga bersetuju persediaan sambutan kemerdekaan tahun ini tidak begitu ketara.

“Paling jelas ialah tidak banyak Jalur Gemilang dipasang di jalan raya utama, apatah lagi di bangunan sekitar bandar.

"Sepatutnya ia perlu dimeriahkan dengan pelbagai acara yang dapat mengingatkan orang ramai mengenai sambutan Hari Kemerdekaan," katanya.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .