KUALA LUMPUR 12 September: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul
Iskandar Mohd Akin menggesa polis menjelaskan kehadiran anggota mereka
berpakaian preman bersama samseng Umno dalam kejadian serangan terhadap
bas Jelajah Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka Sabtu lalu.
Ia berikutan penahanan serta merta ke atas Penolong Ketua Pengawal
Peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa insiden melempar cat
merah oleh samseng Umno.Ketika berhadapan serangan samseng, Harizal
Zahid ditahan oleh beberapa individu yang berada dalam kumpulan itu.“Ia
menunjukkan polis berpakaian biasa sememangnya berada dalam kumpulan
(samseng) sejak awal lagi,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Jasin petang semalam.
Pengerusi KEADILAN Melaka itu mengiringi Harizal memberi keterangan
tambahan di balai tersebut.Kata Shamsul, polis seolah-olah tahu lebih
awal tentang rancangan serangan ke atas bas jelajah itu.“Perkara cukup
dikesali…Jika polis mengenakan uniform, (samseng) tentu tidak akan
bertindak ganas,” katanya.Beliau yang juga peguam memaklumkan kes ini
disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas tuduhan ugutan
jenayah.
"Saya juga berharap polis akan buat siasatan secara adil dan jangan
tunduk kepada arahan pihak-pihak tertentu yang cuba campur tangan,”
katanya.Semalam, seorang samseng Umno berjaya dikenalpasti oleh peserta
jelajah semasa kawad cam dibuat di IPD yang sama.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk
Seri Mohd Bakri Mohd Zinin menggesa suspek kes simbah cat kepada bas
Jelajah Merdeka Rakyat di Melaka agar segera menyerah diri untuk
membantu siasatan.Menurutnya, polis sudah berjaya mengenalpasti suspek
terbabit selepas menjalankan siasatan. ~kd