Anwar sedang menyampaikan amanah. |
Barisan pimpinan tertinggi PR. |
Belum pernah ada perhimpunan melibatkan pembangkang semeriah dan seramai itu di Sabah sebelum ini.
Sebahagian dari hadirin. |
Kesesakan jalan raya kerana gangguan. |
Lain-lain
pemimpin Pas yang hadir Naib Presiden Pas, Husam Musa, Bendahari Agung
Dr Mohd Hatta Ramli, Setiausaha Agung Pas Mustapa Ali, Ketua Muslimat
Siti Zailah Yusuf. Ketua Pemuda Pas Nasarudin Hassan bagaimana pun tidak
kelihatan.
Pemimpin PKR lain yang hadir Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail, Khalid Ibrahim, Abdullah Sani dan lain-lain.
Bendera Pas melatari himpunan. |
Majlis malam tadi adalah anjuran tokoh politik Umno Sabah tidak asing lagi yang baru meninggalkan parti itu, Lajim Okim.
Program
itu juga turut sama dihadiri bekas timbalan presiden OPKO yang
menyertai Pakatan Rakyat, Wilfred Bamburing, dan beberapa yang lain.
Husam Musa antara pemimpin Pas yang sampai awal. |
Beberapa
orang pemimpin turut berucap menyegarkan semangat sambutan hari
Malaysia ke 49 itu; antara Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang, Khalid
Ibrahim, Pengerusi Pas Sabah Ustaz Halim selain tuan rumah Lajim Okim.
Menafsir
himpunan malam tadi ia bakal menjadi pencetus rasmi kepada gelombang
kebangkitan rakyat Sabah untuk menumbangkan kerajaan UBN. Lebih separuh
yang hadir terdiri dari kaum bumiputera bukan Islam dan orang Cina.
Seorang
pemimpin DAP dari Libaran ketika bebual dengannya memberi tahu dalam
pengetahuannya inilah himpunan terbesar Pakatan Rakyat di Sabah yang
dihadiri oleh semua pucuk pimpinan.
Menurutnya
rata-rata dan di mana-mana saja di Sabah hari ini orang sedang
memperkatakan perubahan dan mahu tukar kerajaan UBN. “Dalam kajian saya
secara peribadi 20 yang saya tanya rakan Cina dari berbagai profesyen,
19 mereka mahukan kerajaan UBN ditukar dan diganti dengan Pakatan
Rakyat,” katanya.
“Saya
yakin kerajaan BN akan bertukar dalam pilihan raya akan datang,”
katanya sambil membandingkan dengan gelombang semasa rakyat bangkit
bersama PBS ketika hendak menjatuhkan kerjajaan Berjaya dahulu tidak
sekuat hari ini.
Serorang
pemimpin kaum Kadazan-Dusun menyetujui pendapat itu dengan mengatakan,
gelombang kali ini lebih besar dan yang bakal mencatatkan sejarah baru
di Sabah.
“Saya
tidak mahu cakap banyak tetapi kalau melihat kepada kebangkitan orang
ramai seolah-olah kerajaan UBN akan jatuh pada bila-bila masa saja.
“Dulu
rakyat masih berasa malu mata kepada UBN dan ada yang takut tetapi hari
ini semua sudah berani. Sebagai bukti lihat mereka yang datang hari
ini, mereka tidak takut lagi..” sambugnya.
Mereka
yang hadir juga juga seronok dan tertarik dengan beberapa perkara yang
disentuh oleh para pemimpin dalam ucapan mereka. Lim Guan Eng yang turut
berucap memberi sekurang-kurang tujuh janji kepada orang Sabah untuk
dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat menang.
Manakala
Abdul Hadi dengan penuh sentimental memohon maaf kepada rakyat Sabah
kerana telah diabaikan oleh kerajaan BN. “Saya pohon maaf kerana
kesilapan dulu,” katanya menyebabkan sebahagian sedikit hadirin
terkaget.
Menurut
Abdul Hadi rakyat tidak maju dan ketinggalan berbanding dengan
negeri-negeri lain walaupun ia memiliki pelbagai sumber ekonomi ialah
kerana BN yang mengabaikannya.
“Apa-apa
kekayaan disesebuah negeri itu harus dibelanjakan untuk kegunaan negeri
berkenaan sebelum ia diagih kepda kawsaan lain. Misalnya kekayaan Sabah
ini hendaklah diagih di Sabah ini,” ujarnya disambut dengan laungan
takbir.
MSO