Kenyataan biadap berunsur menghina agama yang diucapkan Presiden MCA,
Chua Soi Lek yang mendakwa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika
hukum hudud dilaksanakan nampaknya memakan diri!
Lihat saja apa yang terjadi semasa perhimpunan Agung parti itu yang bermula sejak semalam hingga lewat petang ini.
Foto yang dirakam di atas diambil kira-kira jam 11 pagi semalam semasa perwakilan pemuda sedang membahaskan usul menyokong kepimpinan perdana menteri Najib Altantuya dan memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum akan datang.
Hampir satu pertiga kerusi yang diperuntukkan di dalam Dewan San Choon, tempat persidangan tersebut kosong tanpa dipenuhi seperti tahun-tahun lepas.
Ada di antara perwakilan pemuda yang ditemui enggan memberikan sebarang komen mengapa dewan yang boleh menempatkan lebih 1,500 perwakilan pada satu-satu masa terdiri daripada sayap pemuda, wanita dan senior parti itu kosong semasa persidangan berlangsung.
Ketua Pemudanya, Wee Ka Siong dalam ucapannya tanpa berlapik terus menghentam Pakatan Rakyat kununnya hutang negara dalam keadan terkawal walaupun sudah mencecah RM502 bilion sehingga hujung tahun ini.
Kelmarin, kenyataan Chua tersebut menerima kritikan keras daripada PAS dan NGO pendesak Melayu PERKASA.
Ketua pemuda PAS, Nasrudin Hasan mendakwa pemimpin MCA itu meracau-meracau dan cuba menjadi hero kartun apabila mengeluarkan kenyataan seperti itu.
Nasrudin juga berkata Chua tidak profesional kerana mengeluar kenyataan “dangkal”, “melucukan” dan “tidak berasas” itu, dengan hanya bersandarkan SMS daripada individu yang tidak dikenali.
Manakala PERKASA membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya umum akan datang ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.
Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA.
Chua menimbulkan dakwaan itu dalam satu blog video dan di Facebook dengan memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali.
Beliau menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas sekiranya hudud dilaksanakan, termasuk pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.
Jika beginilah suasana dan semangat yang ditunjukkan sayap pemuda sebagai tunjang serta pelapis MCA pada masa depan, diyakini parti tersebut akan terus tenggelam seperti mana prestasi yang ditunjukkan pada pilihanraya umum lalu.
MCA dan Chua Soi Lek jangan salahkan sesiapa, sebaliknya salahkan diri sendiri kerana kaum Cina sendiri sudah lama meninggalkan parti perkauman yang hanya mengikut telunjuk Umno hatta dalam pemilihan presidennya sekalipun! ~jalanpulang