Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan
Omar menjelaskan, ratusan pengundi didaftarkan di alamat yang sama
disebabkan masalah penempatan setinggan sebelum ini.
"Dalam kes
di mana sekelompok pengundi menggunakan satu alamat, apa yang kita lihat
di Kuala Lumpur hari ini tidak sama dengan 10 tahun lalu...
demografinya sudah berubah," katanya dalam forum di Petaling Jaya hari
ini.
Sebagai contoh, katanya, pada suatu masa terdapat ratusan
pengundi didaftarkan menggunakan alamat sama di Sulaiman Court ketika
terdapat komuniti setinggan pada 20 tahun lalu.
Tempat itu sekarang dibina kompleks membeli-belah Sogo.
"Sebelum
ini, apabila penduduk setinggan mendaftar, mereka mungkin pilih satu
alamat, mungkin kediaman ketua kampung, dan semua surat menyuratnya
masuk ke situ," katanya.