Kedatangan
Perdana Menteri Najib Altantuya ke pangkalan Tentera Laut Diraja
Malaysia (TLDM) Lumut hari ini rupanya bukan setakat lawatan biasa
tetapi rupanya ada udang di sebalik megi!
Selain memuji kununnya Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) sebagai institusi yang begitu penting dan perlu
terus dipertahan serta diperkuat dalam semua dimensi dan aspek,
kedatangannya adalah untuk memastikan undi tentera tidak terlepas ke
tangan Pakatan Rakyat!
Walaupun
menteri besar haram Perak, Zambry Kadir bukanlah calon pilihan Najib
Altantuya semasa rampasan kuasa di negeri itu pada 4 Februari 2009,
tetapi jika sudah terdesak, yang lawan akan menjadi sahabat untuk
berpaut di dahan yang rapuh.
Turut
hadir selain Zambry adalah menteri pertahanan Zahid Hamidi yang juga
difahamkan goyah di parlimennya sendiri di Bagan Datoh serta ahli
parlimen Lumut yang juga menteri pengangkutan, Kong Cho Ha yang menang
tipis dengan majoriti hanya 174 undi pada pilihanraya umum lalu.
Semua orang mengetahui bahawa TLDM kini diletakkan sebagai 'kem panas'
berikutan salah seorang bekas panglimanya telah menyertai Pakatan
Rakyat.
Dan ini menyebabkan undi anggota tentera laut kini seolah-olah terpisah
dua apabila semakin ramai anggota tentera di kem tentera laut terbesar
di negara itu menunjukkan simpati kepada Pakatan Rakyat sejak
kebelakangan ini.
Selain isu perumahan anggota tentera yang seakan tidak pernah selesai,
kebajikan anggota tentera lain-lain pangkat seolah diabaikan Kementerian
Pertahanan apabila tiada satu pun langkah konkrit dilakukan untuk
menyelesaikan masalah sejak lebih 30 tahun itu.
Maka ura-ura bahawa Pakatan Rakyat akan meletakkan calon dari kalangan
bekas anggota tentera bagi menentang Zambry di DUN Pangkor tambah
meresahkan menteri besar yang dilantik mahkamah itu.
Kebimbangan Zambry ada asasnya apabila sebelum kedatangan Najib
Altantuya, telah banyak program bermotifkan politik dan memancing undi
dilakukan yang menyebabkan sedikit ketidak selesaan di kalangan anggota
tentera yang dianggap berkecuali dari fahaman politik.
Persoalannya, mampukah kehadiran Najib Altantuya menyelamatkan Zambry
dari ambang kekalahan atau adakah ini satu petanda besar bahawa Barisan
Nasional (BN) kini terdesak mengekspliotasi anggota tentera untuk
memenangi pilihanraya umum?
Jelas kini, Zambry mahupun Najib Altantuya sudah merasai bibit-bibit
kekalahan hingga terpaksa mengerah seluruh anggota perkhidmatan awam
termasuk anggota tentera supaya hadir ke majlis politik walaupun
berselindung di sebalik nama Jamuan Rakyat 1Malaysia.
Harapnya kini anggota tentera kian sedar dari lamunan panjang dan berani
mengubah corak geopolitik negara kerana tentera adalah benteng
pertahanan negara yang tidak sepatutnya dicampur adukkan dengan
manipulasi politik sempit BN!
JALAN PULANG