"Kami menanti 16 September 2008 . Adakah pakatan rakyat dapat menujuk puncak? atau merubah suasana politik dan pemerintahan kerajaan persekutuan dari barisan nasional kepada kerajaan pakatan rakyat?.
Namun tarikh 16 septembar 2008 adalah satu tarikh yang dipanggil "PSYCHOLOGICAL DATE" tarian politik yang dipentaskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun dari pandangan politik semasa pakatan rakyat yang akan diterajui oleh Anwar Ibrahim seharusnya boleh membuka laluan sebaik sahaja Anwar Ibrahim diangkat menjadi Ketua Pembangkang dalam parlimen.
Pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh sebagai indikator kepada pengaruh Anwar Ibrahim termasuk parti dalam pakatan rakyat dan pengaruh Najib Razak dan umno malah barisan nasional khasnya.
Kami rasa teruja menbaca laman "the riding MP blog" Yb sdr Zulkifli Nordin walaupun ringkas tapi daya penulisan cukup santai. "Jika pertukaran kerajaan di buat pada 27.Ogos. 2008 atau 28.Ogos 2008. dengan cara undi tidak percaya dalam sidang parlimen 28.Ogos 2008.
(untuk jelas sila layari laman "the riding MP').
Jika tiada apa-apa peristiwa pada tarikh tersebut peluang pakatan rakyat untuk tukar kerajaan pada 16.September 2008 agak sukar dan sekadar tinggal sebagai "PSYCHOLOGICAL DATE" sahaja.