Ikuti Blog ini

Rasuah Terang-terangan TPM di Permatang Pauh






"Sebelum itu, pada satu majlis di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah di sini, Najib mengumumkan sumbangan khas sebanyak RM100,000 bagi setiap masjid dan RM30,000 bagi setiap surau di kawasan Parlimen Permatang Pauh." (petikan utusan malaysia online 21/8/08)


Apa maknanya yang disebut sumbangan khas di atas! Wahai pegawai-pegawai BPR apakah yang dibuat oleh TPM itu bukan rasuah, bahkan dibuat terang-terangan lagi nyata?

Penilaian manusia bukan lagi kepada betul dan benar mengikut hukum Allah. Tapi mengikut nafsu diri. Benar nampak baik kerana namanya sumbangan masjid. Tapi sebagai seorang yang mempunyai otoriti dan berkuasa kenapa tidak diberikan sumbangan khas kepada lain-lain masjid di Malaysia ini? Kenapa cuma masjid dan surau di Permatang Pauh sahaja? Apakah ini keadilan manusia atau keadilan yang dikehendaki Allah?

Kerana cuma mahu mendapatkan kembali Parlimen Permatang Pauh dan menjatuhkan diri peribadi seorang manusia yang bernama Anwar, maka apa sahaja yang dibuat adalah halal?

Jika diusul, dari manakah wang sebanyak RM100,000 bagi 1 masjid dan RM30,000 bagi 1surau didapati? Adakah wang peribadi? Kalau wang peribadi kita rakyat tak perlu persoalkan. Tapi kalau wang kerajaa (baca rakyat), maka ia menjadi tidak adil dan akan timbul banyak soal, sebab kenapa masjid dan surau lain tidak diberikan. Inilah persoalannya. Kita rakyat patut tahu sebab wang kerajaan adalah dari hasil mahsul negara termasuk hasil cukai rakyat. Atau ini memang gula-gula politik. Kalau begitu nampak macam rasuah atas darat!

Allah jualah Yang Maha Mengetahui Hati-hati Manusia............
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .