![](http://bm.harakahdaily.net/images/stories/harakahdaily/daily_picture/2012-Dis/zailah%20banjir1.jpg)
Hari ini beliau mengagihkan bantuan mangsa banjir di 18 pusat pemindahan banjir antaranya di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang 2, Sekolah Kebangsaan Kubang Kual, Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang dan Dewan Rukun Tetangga Lubok Setol.
"Keadaan banjir di sini masih lagi buruk dan hai ini Parlimen Rantau Panjang sediakan satu lori bekalan makanan seperti beras, telur, sardin, biskut dan lain-lain keperluan termasuk tempat tidur untuk mangsa-banjir di 18 pusat pemindahan," kata beliau ketika dihubungi hari ini.
![](http://bm.harakahdaily.net/images/stories/harakahdaily/daily_picture/2012-Dis/zailah%20banjir2.jpg)
"Di samping menghulurkan bantuan, marilah sama-sama kita berdoa agar semua urusan dipermudahkan dan tiada kejadian buruk menimpa kita sepanjang menghadapi musim tengkujuh ini," ujarnya.
Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaporkan jumlah mangsa banjir di Kelantan setakat ini ialah 4010 orang.
Manakalan enam jalan masih ditutup kepada kenderaan ringan iaitu Jalan Machang-Pkl Meleret-Wakaf, Jalan Pengkalan Rakit Bata, Jalan Pangkal Meleret-Limau Hantu, Jalan Pangkal Gong - Kemubu, Jln Pasir Mas-Pohon Tanjung-Rantau Panjang dan Jln Cabang 4/Kg Jambu/Meranti. -Hrkh