KUALA LUMPUR: Sekalipun Himpunan Kebangkitan Rakyat
di Stadium Merdeka bermula jam 2.00 petang ini, namun para peserta dari
segenap pelosok negara sudah mula tiba di ibu negara.
Sejak malam tadi, mereka mula berpusu-pusu memasuki kota raya untuk menyertai himpunan aman yang dibenarkan oleh Perlembagaan negara.
Pagi ini, suasana solat Subuh di Masjid Negara bagaikan solat fardu Jumaat apabila ribuan peserta memenuhi ruang solat.
Beberapa gambar yang dipetik daripada laman sosial Facebook dan penulis blog menceritakan suasana tersebut.