Mazidul Akmal pada tulisan terkini dalam blognya memperlekeh Pakatan
Rakyat di mana Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) tidak mendapat sokongan
rakyat. Dalam tulisannya dengan merujuk gambar awal perarakan yang
menuju ke Stadium, Mazidul meramalkan hanya 6000 orang sahaja yang turut
berarak.
Dalam nada sinis, dia bertanya mana pergi yang lain? Mana sejuta?? Mazidul merujuk kepada laman PAPAGOMO sebagai sandaran.
Mengakhiri tulisan Mazidul menyindir
Tanyakan kepada diri, mengapakah tidak menyertai HKR? Nyatakan pendapat di sini, mungkin ramai ingin mengetahui, silakan...Manakala kawan rapat Mazidul pula (papagomo) dalam tulisan mengatakan hanya 20, 000 sahaja yang hadir dengan memampar gambar stadium padamasaawal. Tujuannya nak manipulasi..
Ini tulisan perlinya..
1 juta akan memenuhi stadium kata Mat Sabu sejak berhari hari yang lalu. Bagi rakyat ataupun penyokong yang kurang cerdik pastinya akan percaya kata kata Mat Sabu untuk 1 juta dalam Stadium Merdeka. Hakikatnya secara logik akal stadium Olimpik pun tak mampu muatkan 1 juta orang. Hahaha.
Sebenarnya pencacai Umno ni terasa amat kecewa kerana Himpunan Kebangkitan Rakyat menjadi sejarah himpunan paling besar dalam sejarah negara kita. Dengan sokongan padu rakyat membuatkan mereka meroyan tak tentu pasal..-Addin