Ikuti Blog ini
Biarkan gambar ini berbicara dan izinkan ianya mengetuk pintu hati kita semua.... ,Khamis, Februari 07, 2013 at 7.2.13,
Biarkan foto ini berbicara dan izinkan ianya mengetuk pintu hati kita semua, menyentuh rasa tanpa perlu berkata-kata. Terasa tenang melihat ayahanda beradu lena melelapkan mata barang seketika, setelah selesai Zohor dilaksana.
Sayunya Hati melihat ayahanda seorang ulamak dan juga umara boleh beradu sedemikian rupa, di gelegar lantai tempatnya, tanpa ada sebarang alas di kepala.Namun inilah sikap ayahanda, bukan dikejar kesenangan harta, namun redha ALLAH jua yang di inginkan ayahanda.
Ayahanda selalu berpesan sepatah selidah buat kami semua bahawa jawatan itu adalah AMANAH dan bukannya GHANIMAH.
Benarlah, dan saksikanlah bahawa sungguh sederhana dan mudah berkiranya insan yang tubuh bergelar badan bernama Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz B Tuan Guru Hj Nik Mat Alim.