Ikuti Blog ini
Tabung Haji pun main politik ,Khamis, Februari 07, 2013 at 7.2.13,
Legalah pendeposit-pendeposit Tabung Haji kerana diberi bonus tahunan Jubli Emas 2012 sebanyak 6.5 peratus dan tambahan bonus khas sebanyak 1.5 peratus menjadikan 8 peratus bonus untuk tahun 2012 dan tertinggi sejak 50 tahun penubuhan Tabung Haji seperti diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Baguslah kerana boleh dan mampu memberikan bonus yang agak banyak tak seperti tahun-tahun sebelumnya.
Nampaknya Lembaga tabung Haji juga main politik melalui Jamil Khir. Main politik dengan bonus dan duit orang untuk ke Mekah. Bukan mempertikaikan bonus yang ingin diberikan tetapi kerana PRU-13 boleh pula dilebihkan bonus tersebut.
Jangan dihiraukan tentang Jubli Emas 2012, itu cara untuk menyedapkan telinga, yang penting bonus dapat memancing pengundi. Pancing undi yang difikirkan dahulu dan barulah timbulnya Jubli Emas. Kenapa selama berpuluh tahun hanya 4-6 peratus yang mampu diberikan. Tak mampukah sebelum ini?
Pendeposit-pendeposit Tabung Haji bolehlah pergi mendapatkan bonus 10 Febuari ini untuk bekal PRU13 bulan 3 nanti.