UMNO/PERKASA/PEKIDA/JATI/GPMS/MAJLIS BELIA MALAYSIA/JAKIM telah melakukan kesilapan yang amat besar apabila menobatkan Najib Razak sebagai WIRA ISLAM TERUNGGUL DAN TERHEBAT YANG PALING BERANI dalam dunia sebaik saja menjejakkan kakinya di lapangan terbang sekembali dari lawatan ke Gaza, Palestine baru-baru ini.
Sepatuttnya gelaran itu lebih wajar diberikan kepada Mantan Mufti Perlis, Dato' Dr Asri b Zainul Abidin @ MAZA, Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Mazlee Malik dan Bekas Menteri Besar Perlis Shahidan Kassim.
Omakkau berhujah atas dasar ikut hukum akal logik.
1) Najib ke Gaza dengan dieskort tentera dan pengawal-pengawal peribadi ketika aman dengan menggunakan dana dan harta rakyat sedang mereka bertiga pergi kesana dengan duit sendiri tanpa pengawal semasa Gaza masih bergolak.
2) Najib Razak dan Rosmah Mansor hanya pijak kaki di Gaza tak sampai beberapa jam dan tidak menginap disana sedangkan Dr Maza, Dr Mazlee dan Shahidan Kassim berada disana untuk beberapa hari dan bermalam dan tidur disana.
3) Najib Razak pergi ketempat-tempat tertentu sahaja yang dipastikan keselamatannya terjamin sedangkan Dr MAZA sampai pergi kerumah pengasas Perjuangan Jihad HAMAS Al Syeikh As- Syahid Ahmad Yassin yang terkorban hasil bedilan roket Israel Laknatullah.
4) Shahidan Kassim menyampaikan bantuan berupa wang dari koceknya sediri sedangkan Najib Razak keluarkan bantuan yang diambil dari dana Kerajaan.
Jadi siapa yang layak antara Najib Razak dan mereka bertiga untuk diberikan gelaran WIRA ISLAM TERUNGGUL , TERHEBAT DAN PALING BERANI SEKALI DIDALAM DUNIA?
Mohon dan desak UMNO, PERKASA, JATI, PEKIDA, JAKIM, GPMS dan MAJLIS BELIA MALAYSIA supaya tarik balik gelaran WIRA ISLAM yang tidak sewajarnya yang kini menjadi bahan momokkan dan ketawa antarabangsa dari Najib Razak untuk diserahkan kepada mereka bertiga!!!!!... ADA BERANI????...ADA HARGA DIRI????... TAUBAT LAHOM TIDAK AKAN BERANI PUNYA!!!! -Omakkau