Oleh: KREW SABAHKINI.NET
TUARAN
: Di saat-saat terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke 13, Barisan
Nasional (BN) dan UMNO di Tuaran termasuklah di Kawasan Dewan Undangan
Negeri Sulaman kian tergugat dengan kemaraan Pakatan Rakyat (PR) dan
Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak akhir-akhir ini di kawasan berkenaan.
Majlis Malam Jelajah
Pakatan Harapan Rakyat anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang
Tuaran yang dihadiri oleh hampir 5,000 orang penyokong parti itu sebagai
bukti setelah menerima kemasukan 600 ahli baharu dari kalangan anak
muda yang diketuai oleh Mohd Najlin Haji Awang Puasa, 28 tahun.
Ketua
Umum PKR Pusat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima borang
penyertaan kemasukan dalam PKR Tuaran di Majlis Jelajah PR yang
berlangsung di Restaurant Transit Dalit, Kampung Lok Batik dekat sini
pada malam Ahad lepas.
Majlis
itu turut dihadiri oleh Ketua Cabang PKR Tuaran, Haji Ansari Abdullah;
Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Ahmad Tamrin Haji Jaini; Pengerusi
Angkatan Perubahan Sabah (APS), Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip
Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran; Pengerusi Pertubuhan Pakatan
Sabah (PPS), Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin; Bekas Ketua Penerangan
UMNO Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih; Bekas Panglima Angkatan Tentera
Darat Malaysia, Leftenan Jeneral (B); Dato Abdul Ghafir Abdul Hamid dan
Bekas Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Monggoh Orow.
"Penyertaan
600 ahli-ahli baharu yang sebilangan besarnya dari kalangan pemuda di
Kawasan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sulaman dan Parlimen Tuaran
akan menambah kekuatan kepada Pakatan Rakyat dalam usaha untuk memenangi
Kawasan DUN Sulaman dan Parlimen Tuaran dalam Pilihanraya Umum ke 13
tidak lama lagi," Kata Najlin yang juga merupakan bekas Ahli UMNO dari
Cawangan Wawasan Lok Batik Tuaran.
Katanya,
kemasukan ini haruslah disambut dan diterima oleh pimpinan PKR di
Cabang Tuaran agar semangat dan kebangkitan anak-anak muda akan
memberikan satu lagi kekuatan kepada Pakatan Rakyat dalam membuat
persiapan menghadapi pilihanraya umum tidak lama lagi.
"Banyak
sudah pemimpin UMNO yang telah berhijrah meninggalkan parti yang jelas
sudah tidak relevan lagi. Jika perjuangannya untuk anak-anak muda sudah
tidak relevan, apa lagi yang ditunggu? Lebih baik mereka tampil untuk
memberikan kekuatan kepada PKR adan Pakatan Rakyat khasnya," kata Najlin
lagi.
Sehubungan
dengan perkembangan terbaru ini, Najrin berharap lebih ramai lagi ahli
parti kerajaan yang akan menyertai PKR untuk memberikan satu keyakinan
jitu terhadap kemantapan parti ini.
Majlis
Malam Jelajah Pakatan Harapan Rakyat telah diisikan dengan ucapan oleh
Datuk Seri Anwar, Ketua Caabang PKR Tuaran Haji Ansari Abdullah; Bekas
Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Dato
Abdul Gafir Abdul Hamid; Naib Pengerusi DAP Sabah, Peter Liew; Aktivis
Politik, Dr Chong Eng Leong dan Bekas Ketua Penerangan UMNO Tuaran, Haji
Ghulabdin Enjih.