Penyokong PR yang hadir
Pemimpin bersalaman dengan Penyokong2
semalam Himpunan Black 505 di Kota Sarang Semut, Kedah..
Himpunan Black
505, peringkat negeri Kedah semalam yang pada awalnya dijadualkan di
Stadium Sultan Abdul Halim dipindahkan ke Kompleks PAS Kedah, Batu 9,
Kota Sarang Semut.
Himpunan yang diadakan bagi menyatakan bantahan terhadap tahap demokrasi
di Malaysia yang tercalar itu, akan dihadiri pemimpin tertinggi Pakatan
Rakyat.
Ia akan disertai Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan
Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ketua Menteri Pulau Pinang; Lim Guan Eng;
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Pesuruhjaya PAS
Kedah, Datuk Mahfuz Omar.
Turut serta, seluruh Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah dan Perlis.