Ikuti Blog ini

Ratusan ribu banjiri Stadium Batu Kawan



BATU KAWAN: Ratusan ribu rakyat Pulau Pinang dan negeri-negeri utara Semenanjung membanjiri Stadium Batu Kawan, Seberang Perai  malam tadi bagi menyertai Himpunan Black 505.

Ia telah menyebabkan trafik sesak sejauh 20 kilometer dari Plaza Tol Juru, Tol Batu Kawan dan laluan menuju stadium.

Manakala di dalam stadium jumlah orang yang datang tanpa dibayar sesen pun melebihi sasaran.

Rakyat Melayu, Cina dan India boleh duduk bersama tanpa ada perasaan cemburu walaupun pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang hangat menanamkan perasaan benci kepada masyarakat Tionghua yang di katakan berlakunya 'tsunami Cina'.

Semasa datang mereka berkonvoi sambil memegang bendera  di tangan. Riuh rendah jadinya seperti satu pesta.

Bagi mereka yang tidak dapat masuk ke stadium mereka hanya berdiri di tepi Lebuhraya
ramai-ramai sambil mengibar bendera ke tiga-tiga parti Pakatan Rakyat.

Ada yang bertekad berjalan kaki menuju padang berkenaan walaupun tahu ianya jauh.

Situasi itulah yang memedihkan perasaan Najib kerana apa yang beliau mahu untuk memecahkan Pakatan Rakyat tidak menjadi.

Paling menyeronokkan ialah apabila ramai anak muda di kalangan Tionghua datang berpasangan untuk memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi.

Dalam stadium keadaan penuh sesak menyebabkan beberapa orang jatuh pengsan.

Majlis tersebut dihadiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan Setiausaha DAP,  Lim Guan Eng. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .